Surat terbuka kepada Menteri Dalam Negeri – DARI KAMI ANGGOTA/PEG PDRM
YDH TS . Kami merasakan terdapat banyak masalah di dalam PDRM yang boleh diperbaiki.
Tanggal 09 Mei 2018 tarikh keramat bagi Malaysia. Perubahan yang besar ... perubahan kerajaan telah berlaku.....Apakah PDRM masih mahu berada di tapak yang lama ........
SARAWAK REPORT:
Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar (bekas KPN) |
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Pengarah Narkotik Datuk Seri Mohmad Salleh, Pengarah JSJ Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, KPD Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, PT D7 Perak DSP Annadurai Veloo, dan ramai lagi telah disiarkan nama mereka oleh Sarawak Report akan penglibatan mereka dalam OPS GOPI. Mereka ini perlu memberikan kenyataan terbuka, jika laporan itu palsu maka tindakan saman perlu dilakukan terhadap Sarawak Report.
Dari Kiri: Datuk Seri Mohmad Salleh, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd & Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah |
Apakah keputusan siasatan oleh SPRM? Semenjak sekian lama jika sesuatu aduan terhadap pegawai atasan PDRM maka ia akan ditutup begitu sahaja. Dimanakah peranan JIPS? Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar dan kaum keluarga mengakui menerima banyak panggilan dan juga memanggil GOPI dengan menggunakan telefon peribadinya, tetapi tiada sebarang tindakan diambil? Kami semua tahu siapa dia GOPI - terlalu ramai pegawai polis yang dapat naik pangkat dan kemudian ditempatkan di posisi strategik akibat tunduk dan menjilat kaki GOPI. Tapi tak kurang juga pegawai yang ditukarkan akibat tidak mahu menyembah GOPI. Lihatlah betapa rendahnya maruah pegawai polis yang sanggup menyembah dan menjilat kaki seorang awam semata-mata kerana kepentingan diri.
Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar perlu memberitahu bagaimana mampu membina ISTANA MANTIN di Negeri Sembilan yang menelan belanja hampir RM 15 juta. Perkara ini telah dibangkitkan oleh sebuah NGO. Adalah tidak masuk akal seorang pejawat awam mampu membina sebuah rumah dengan harga yang sedemikian. Tidak pulak diketahui jika Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar menabung semenjak kecil lagi?
Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd pula dilaporkan mempunyai wang hampir 1 juta di Australia dan yang menariknya Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd tidak mahu menuntut wang tersebut dibiarkan sahaja di sana. Ini adalah pegawai yang mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah. Kami warga PDRM tertanya-tanya adakah nilai RM1,000,000 begitu kecil bagi Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd sehingga melepaskan begitu sahaja.
KENYATAAN PEGUAM
Seorang peguam baru-baru ini telah menyatakan Bekas KP Johor Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff bersama Sultan Johor telah ditahan di lokap Argentina kerana kesalahan membawa wang tunai hampir USD6,000,000....adakah ini palsu? Mengapakah tiada sebarang makluman daripada Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff. Dan mengapa tidak ada sebarang tindakan ke atas Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff?
Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff |
SPRM juga telah menyerbu rumah Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan menjumpai wang tunai RM6,000,000..apa kesudahannya.? Bagaimana Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff mampu kumpul wang sebanyak ini ? Mengapakah Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff dibuang kerja sebagai Pengarah SB baru-baru ini dengan tiba tiba? Sangat mengaibkan cara dia dihalau dari PDRM.
JIKA SPAD TELAH DIBUBAR BANYAK CAWANGAN DAN UNIT PDRM BOLEH DIBUBAR
Terdapat banyak cawangan dan unit di dalam PDRM yang membuat kerja bertindih, boleh dibubarkan. Cawangan Narkotik dibubar dan serapkan ke Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jenayah Komersial diserapkan ke Bank Negara Malaysia, Trafik diserapkan ke Jabatan Pengangkutan Jalan. Unit-unit seperti STAGG, STAFOG, STING dibubarkan dan diserapkan ke cawangan D7 kerana ia mempunyai tugas yang bertindan. Jadikan PDRM agensi terunggul yang mana tugasnya hanya memerangi jenayah. Kesemua anggota dan pegawai dari jabatan lojistik, dan pengurusan diserapkan ke JSJ supaya tidak lagi timbul alasan tidak cukup tenaga manusia dan tugas mereka diambil alih oleh orang awam.
FUNGSI JIPS
Apakah peranan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS)? Adakah hanya untuk menangkap anggota bawahan (bilis)? Bagaimana dengan salah laku pegawai atasan? Ketua polis Pulau Pinang misalnya sangat terkenal dengan isterinya yang diberikan escort anggota polis sewaktu membeli belah, sebagaimana Rosmah Mansor... Apakah ini bukan salah guna kuasa? Mengapa tiada tindakan? JIPS didapati gagal melaksanakan tanggungjawabnya. JIPS perlu dibubarkan dan diwujudkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (Independent Police Complaints and Misconduct Commission) IPCMC sebagaimana yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Penambah baik polis. YDH Tan Sri, adalah menjadi harapan kami bahawa IPCMC yang dicadangkan dulu dijadikan realiti sekarang. Ini akan membolehkan wujud Check & Balance di dalam PDRM. Mengapa perlu pegawai PDRM takut dengan IPCMC jika tidak membuat sebarang kesalahan.
Kami memakai tanda Integriti di dada sedangkan hampir keseluruhan PDRM telah dijangkiti penyakit barah rasuah dan seolah-olah tidak dapat dirawat lagi? Rasuah bukan perkara asing dalam kalangan warga PDRM, tapi ibarat seekor ikan yang membusuk ia membusuk dari kepala dulu. Tiada gunanya memarahi dan mengambil tindakan ke atas anggota bawahan yang terlibat rasuah sedangkan rantaian rasuah adalah dari atas ke bawah bukan sebaliknya.
RASUAH
Bukan rahsia lagi dalam kalangan masyarakat PDRM pada hari ini bahawa setiap IPD, IPK, dan BUKIT AMAN telah menularnye penyakit barah rasuah dan sedang berkembang mekar dan subur. Rasuah wujud pada setiap bahagaian besar dan kecil. Ada bahagian dibayar bulanan oleh tuan-tuan punya aktiviti dan perniagaan yang berkenaan. Misalnya pusat hiburan, pusat judi dan pusat pelacuran membayar wang perlindungan kepada OCS dan JSJ. Lihat bagaimana Pusat Pelacuran Saboon yang begitu dekat dengan Bukit Aman dan IPK Kuala Lumpur mampu berkembang pesat tanpa sebarang tindakan untuk sekian lama. Pengusaha transport pula membayar kepada Jabatan Trafik. Along membayar kepada Jabatan Komersial. Kontraktor-kontraktor membayar kepada bahagian yang memberikan mereka kerja-kerja kontrak. Pengusaha pusat hiburan yang menjual pil-pil khayal sudah tentu membayar kepada jabatan Narkotik. Tujuannya supaya kegiatan mereka tidak diganggu dan jika ada serbuan atau pun tindakan maka maklumat telah sampai awal-awal lagi. Ramai pegawai bersekongkol dengan Tokan dalam Makmal (Lab) Dadah.
Makin hari makin bertambah pusat judi cyber, pusat hiburan keluarga dan pelbagai pusat maksiat. Mustahil perkara ini tidak diketahui oleh pihak polis. PDRM akan menyalahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) tetapi yang mengaturnya ialah pegawai-pegawai PDRM juga. Yang hairannya, makin banyak unit ditubuhkan untuk memerangi jenayah judi dan maksiat seperti STAGG, STAFOG dan STING. Perebutan taktha di dalam STAGG baru baru ini menyebabkan 2 pegawai atasan ditahan SPRM. Pihak polis sebenarnya ditertawakan oleh sebuah NGO iaitu Malaysian Crime Watch Task Force (MyWatch) melalui Pengerusinya Datuk R. Sri Sanjeevan kerana perkara ini. Namun pengurusan PDRM masih bernyawa di dalam Denial Mode. Datuk R. Sri Sanjeevan pernah ditahan oleh pihak polis tetapi oleh kerana kecuaian pihak polis Datuk R. Sri Sanjeevan dilepaskan oleh mahkamah, atau kesilapan ini disengajakan. ?
Datuk R. Sri Sanjeevan |
PANGKAT UNTUK DIJUAL
Setiap kali hadirnya temuduga kenaikkan pangkat maka jalan paling mudah untuk mendapat kenaikkan pangkat tersebut ialah dengan membayar wang. Ini juga bukan satu perkara yang rahsia. Perkara ini sangat jelas sewaktu pemerintahan KPN Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar. Dengan membayar RM8,000 maka pangkat SARJAN sudah pasti. Kroni-kroni pasti naik pangkat sedangkan tempoh perkhidmatan jauh rendah berbanding yang bukan kroni. Mereka yang hanya berdoa serta membaca buku maka ketinggalan jauhlah alamatnya. Sewatu zaman Tan Sri Datuk Seri Panglima Mohd Bakri Mohd Zinin (bekas Timbalan Ketua Polis Negara) semua kelompok negeri Sabah menaiki taktha dan menduduki tempat tempat yang “baik”. Baik bermaksud yang mempunyai pendapatan lumayan setiap bulan. Lubok emas ada di mana sahaja.
Terdapat pegawai yang berkhidmat di satu bahagian hampir 30 tahun, walupun setiap kali bertukar lokasi namun tetap dengan unit yang satu itu, sebabnya unit tersebut membolehkan mendapat pendapatan yang lumayan setiap bulan di samping hak-hak yang lain. Unit yang dimaksudkan ialah D7 di Jabatan Siasatan Jenayah. Ada juga anggota pangkat rendah yang diberi peluang kenaikkan pangkat kepada pegawai namun sifat tamak haloba dan rakus dengan kertas kepala agong menyebabkan mereka sentiada ada kabel dan masih bertugas di Bahagian D7. Mereka ini menjadikan wang ringgit sebagai tuhan mereka, sanggup menyembah sesiapa sahaja asalkan dapat terus duduk di dalam unit tersebut dan mengumpul sebanyak mana harta kekayaan seolah-olah bila mati akan dibawa bersama.
LAWATAN DAN PEMERIKSAAN DARI BUKIT AMAN ATAU IPK ATAU IPD
Setiap kali ada lawatan atau pemeriksaan maka kelam kabutlah setiap IPD itu terpaksa mencari sponsor iaitu untuk jamuan makan minum di restoran yang mahal, kemudian disediakan penginapan di hotel mewah siap dengan acara sampingan di SPA atau dihidangkan perempuan asing di karaoke.
Di manakah sumber sponsor ini? Tentunya tauke judi, atau pusat pelacuran atau pun yang menjalankan perniagaan lari cukai atau Along. Sedangkan pegawai yang datang itu boleh menuntut segala apa yang mereka belanjakan mengikut ketetapan. Apabila pasukan pemeriksa telah dijamu dengan sebegitu rupa maka hasil pemeriksaan tentulah baik adanya.
PERANAN PERKEP
Kesemua anggota polis telah MELUAT dengan PERKEP. PERKEP hanya untuk kebaikan puak-puak tertentu sahaja. Percaya atau tidak...setiap bulan tauke tauke judi, pelacur dan golongan Along ada menyediakan sumbangan tetap untuk PERKEP. Apa tidaknya, jika tidak manakan dapat menjalankan operasi dengan berkesan. Setiap pengerusi PERKEP akan mengadukan hal kepada suami mereka jika anggota atau pegawai wanita tidak dapat menyertai program dan kemudian diambil tindakan.
SIASATAN KES KP SPRM
Apa telah terjadi dengan siasatan kes KP SPRM? Ia disiasat oleh pihak Bukit Aman. Bukankah sesuatu kertas siasatan yang dibuka mesti dirujuk kepada Pihak TPR dengan segera. Semacam wujud konspirasi antara PDRM dengan SPRM agar membawa siasatan ke hala yang lain. Mungkin ini ialah penyelesaian dua hala terhadap kes Ops GOPI?
PERMAINAN STATISTIK
Semenjak sekian lama setiap KPD telah diarahkan oleh KP Negeri agar memastikan Indeks Jenayah menunjukkan penurunan berbanding tahun sebelumnya. Dengan ini KP boleh berbangga dengan pihak media atau pun dengan Bukit Aman. Apa yang berlaku ialah manipulasi statistik sehingga banyak kes ditandakan sebagai NFA dan dimainkan dengan seksyen-seksyen yang tidak termasuk dalam indeks. PDRM telah begitu lama menipu rakyat kononnya persekitaran adalah selamat sedangkan banyak sangat berlaku jenayah. Mengikut kajian indeks jenayah seharusnya selari dengan pertambahan penduduk dan pembangunan tetapi di dalam PDRM ia adalah songsang.
PANGKAT BARU - MENJADI BAHAN TAWA ATM
Pucuk pimpinan PDRM terlalu ingin memberikan kenaikkan pangkat kepada kroni-kroni mereka malangnya apabila sampai kepada DCP maka tidak boleh dinaikan pangkat kecuali menjadi pengarah, maka di sini Bekas KPN Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar telah mengadakan satu pangkat baru iaitu 3 bintang menegak yang juga di panggil Komisioner. Pada masa kini ada 2 jenis komisioner di dalam PDRM iaitu 3 bintang tegak dan 3 bintang tiga segi, ini sangat melucukan terutama dalam kalangan pegawai-pegawai ATM.
YDH Tan Sri, jika hendak di susun kesalahan dan kelemahan maka ia tiada kesudahan, diharap dengan perubahan kerajaan maka kami akan dapat melihat perubahan secara menyeluruh di dalam PDRM.
Sekian.
No comments:
Post a Comment