Showing posts with label Rambai. Show all posts
Showing posts with label Rambai. Show all posts

Monday, 22 May 2017

SIRI BEDAH KONSPIRASI: BENARKAH YAHUDI MENGUASAI DUNIA?

Kita selalu dimomokkan dengan cerita Yahudi telah menguasai dunia melalui sistem perbankan dan kewangan. Dikatakan ahli kewangan Yahudi bukan sahaja berjaya menjerat semua negara melalui hutang, malah semua bank pusat di dunia ini telah pun dikawal oleh keluarga Yahudi yang bernama Rothschild. Untuk membuat cerita kelihatan lebih menarik dan meletup, nama Yahudi turut dipautkan dengan Freemason dan Illuminati.

Seperti yang dijangkakan, artikel pertama Siri Bedah Konspirasi telah mencetuskan banyak reaksi “knee-jerk”. Perdebatan hujah lawan hujah yang diharapkan tidak berlaku, sebaliknya digantikan dengan serangan peribadi, malah takfir. Maka benarlah kata-kata Imam Syafie rahimahullah tentang betapa sukarnya berdebat dengan orang jahil yang tidak mengenali landasan ilmu”. Terserlah kualiti intelektual pendukung teori konspirasi.

Kaedah yang digunakan oleh penulis tidaklah serumit mana, ia cuma kaedah sorotan karya (literature review) yang paling asas. Tinjauan ke atas karya-karya lepas dibuat untuk melihat bilakah dan bagaimanakah teori-teori konspirasi muncul dan berkembang, siapakah dan apakah motif di sebalik setiap dakwaan. Hasil tinjauan menunjukkan kebanyakan dakwaan teori konspirasi bersifat spekulasi dan diselubungi dengan agenda politik semasa.

Tanpa kaedah sorotan karya, maka sebilangan daripada umat kita telah menerima teori konspirasi secara bulat-bulat.

Teori hubungan Freemason dan Yahudi adalah lemah kerana terdapat lompong atau jurang (weak link). Dalam artikel pertama, kita dapat lihat Barruel dan Robison merupakan orang-orang pertama yang mengaitkan Freemason/Illuminati dengan konspirasi politik, Namum begitu, mereka tidak menyebut pasal keterlibatan Yahudi dalam konspirasi.

Ada pembaca yang memberikan contoh penyangkal membuktikan bahawa Freemason sememangnya sebuah pertubuhan Yahudi, seperti berikut:

“The spirit of Freemasonry is the spirit of Judaism in its most fundamental beliefs; it is its ideas, its language, it is mostly its organization, the hopes which enlighten and support Israel. It’s crowning will be that wonderful prayer house of which Jerusalem will be the triumphal centre and symbol.” La Verite Israelite, 1861, IV, halaman 74;

“Each Lodge is and must be a symbol of the Jewish temple; each Master in the Chair, a representative of the Jewish King; and every Mason a personification of the Jewish workman.” An Encyclopedia Of Freemasonry, 1906;

“We cannot help but greet socialism (Marxism – Communism) as an excellent comrade of Freemasonry for ennobling mankind, for helping to further human welfare. Socialism and Freemasonry, together with Communism are sprung from the same source.” Latomia, Vol. 12, 1849, halaman 237.

Cuba lihat, sumber yang paling awal pun bertarikh 1849. Malah dalam titah (“firman”) Khalifah Sultan Mahmud I bertahun 1748 mengenai pengharaman Freemason, unsur-unsur Yahudi tidak disebut sebagai sebab ia diharamkan. Freemason diharamkan atas sebab penyebaran konsep ketuhanan ateis dan naturalis yang bercanggah dengan akidah Islam, seperti yang didakwa oleh Paus Clement XII dalam titah (“Papal bull”) berjudul “In Eminenti” pada tahun 1738. [1]
Sultan Mahmud I dan Paus Clement XII

Jadi persoalannya, mengapa Freemason yang tidak dikaitkan dengan Yahudi semasa abad ke-18 (1700-1799) tiba-tiba dikaitkan dengan Yahudi pada abad ke-19 (1800-1899)?

Kita kena sambung balik cerita Revolusi Perancis.

Sebelum abad ke-19, kedudukan orang Yahudi di Eropah adalah lebih rendah daripada kelas bawahan. Kecuali di Poland, orang Yahudi tidak diiktiraf kewarganegaraan dan didiskriminasi. Ada negara yang langsung menghalau orang Yahudi, seperti Sepanyol selepas pengeluaran Alhambra Decree (1492). Jika dibandingkan dengan Eropah, Dunia Islam memberi lebih banyak kebebasan kepada orang Yahudi. Rabbi teragung agama Judaisme iaitu Maimonides (1135-1204) dibenarkan menjalankan aktiviti kesarjanaan dengan bernaung di bawah kerajaan-kerajaan Islam di Cordoba dan di Mesir.

Ada dua sebab menyebabkan Yahudi dikeji dan dibenci oleh Eropah. Pertama ialah faktor agama. Penganut Kristian melihat orang Yahudi sebagai penolak dan pembunuh Jesus. mitos-mitos seperti Yahudi Pengembara (“Wandering Jew”) dan Fitnah Darah (“Blood Libel”) lagi menguatkan persepsi negatif terhadap Yahudi. Malah tokoh agama seperti Martin Luther (pencetus Reformasi Protestan) tidak segan silu menyeru orang Kristian untuk menyerang orang Yahudi secara fizikal.

Sebab kedua ialah faktor pekerjaan. Sebilangan besar orang Yahudi bekerja sebagai pemberi pinjaman (namun tidak semua pemberi pinjaman adalah Yahudi, contohnya Fugger di Jerman dan Medici di Itali), dan ini membuat mereka dipandang serong sebagai pemakan riba.

Malah di Amerika yang dikatakan sebagai negara ciptaan Freemason juga sangat anti-Yahudi. Pengasas-pengasas Amerika Syarikat seperti Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson pernah mengeluarkan kata-kata yang mengeji Yahudi. Hanya sehingga tahun 1845, baru ada orang Yahudi dilantik sebagai wakil rakyat iaitu David Levy Yulee.

Revolusi Perancis mengubah keadaan ini. Pada September 1791, Perancis menjadi negara kedua (selepas Poland) yang memberikan hak kewarganegaraan kepada orang Yahudi, atas prinsip kebebasan dan kesamarataan yang diperjuangkan oleh para revolusioner. Napoleon yang menjadi Maharaja Perancis (1803-1815) turut memperluaskan hak tersebut kepada orang Yahudi di merata Eropah melalui penaklukan. [2]
Napoleon sebagai pembebas Yahudi

Pembebasan orang Yahudi telah menimbulkan perasaan kegelisahan di kalangan orang Eropah yang masih sangsi dengan mereka. Maka, mula ada percubaan untuk memburuk-burukkan Yahudi dengan mengaitkan mereka dengan revolusi dan Freemason. Orang pertama yang berbuat demikian ialah seorang askar Itali bernama Jean-Baptiste Simonini. Simonini mengutus sepucuk surat kepada Barruel, bapa teori konspirasi, mengatakan bahawa Freemason merupakan alat Yahudi untuk menakluk dunia. [3]

Barruel umpama penyunting Mastika pada zamannya, maka dengan berjayanya Barruel mempengaruhi persepsi orang ramai terhadap hubungan Freemason dan Yahudi, sehingga Napoleon terpaksa membatalkan banyak hak orang Yahudi pada tahun 1808 melalui pengeluaran “Infamous Decree”.

Selepas kejatuhan Napoleon pada 1815, Yahudi yang takut kehilangan hak berusaha melobi kerajaan untuk mengekalkan hak mereka. Ini telah menimbulkan ketidakpuashatian dan mereka dijadikan sebagai sasaran keganasan yang dikenali sebagai “pogrom”. Antara pogrom yang berlaku di awal abad ke-19 ialah Rusuhan Hep Hep di Jerman pada tahun 1817. [4]

Kemuncak sentimen anti-Yahudi ialah dengan penerbitan makalah berjudul Protokol Zionis atau “Protocol of the Elders of Zion” pada tahun 1903 di Rusia. Makalah tersebut membuat “pendedahan” tentang konspirasi Yahudi untuk menakluki dunia dan buku tersebut menjadi bualan hangat. Namun “Berne Trial” tahun 1933-1935 telah membuktikan bahawa makalah tersebut adalah palsu, direka oleh polis rahsia Rusia bernama Pyotr Rachkovsky untuk mempengaruhi kerajaan Rusia terus menekan orang Yahudi. [5]
Protocol of the Elders of Zion

Malah industrialis terkenal di Amerika bernama Henry Ford (pengasas syarikat kereta Ford) turut menjadi salah seorang yang kuat menyebarkan teori konsiprasi Yahudi. Pergelutan politik antara kapitalis dan sosialis dari 1910-an hingga 1920-an membuat teori konspirasi semakin berkembang. Puak pro-kapitalis mula menuduh sosialisme sebagai satu konspirasi Yahudi memandangkan Karl Marx adalah seorang Yahudi.
Henry Ford pendukung teori konspirasi Yahudi

Memasuki 1930-an, teori tersebut dimanfaatkan oleh ekstremis di Jerman yang menubuhkan Parti Nazi. Hitler menyebut tentang konspirasi Freemason-Yahudi dalam bukunya Mein Kampf pada tahun 1925. Selain mengaitkan Yahudi dengan Freemason, Hitler juga mengaitkan Yahudi dengan Amerika dan Rusia. [6]
Poster Nazi bertahun 1935 yang memaparkan simbol-simbol 
Freemason dan Yahudi

Poster Nazi yang menyifatkan Amerika dan Rusia 
sebagai komplot Yahudi

Teori konspirasi Freemason-Yahudi diperkukuhkan lagi dengan nama Rothschild, sebuah keluarga perbankan yang masyhur di Eropah ketika abad ke-19. Keluarga ini diasaskan oleh Mayer Amschel Rothschild dari Frankfurt, Jerman yang mempunyai lima anak yang mengembara ke merata Eropah untuk membuka cawangan bank.
Lima anak panah jata Rothschild yang melambangkan 
lima anak Rothschild

Anak sulung, Amschel (1774-1855) tidak mempunyai zuriat. Salomon (1774-1855) membuka cawangan di Vienna, Austria; Nathan (1777-1836) membuka cawangan di London, Britain. Carl (1788-1855) di Naples, Itali dan Jakob (1792-1868) di Paris, Perancis. Rothschild hampir memonopoli pasaran kewangan semasa abad ke-19, dan cawangan London adalah paling berjaya. Rothschild dijadikan sasaran pelbagai teori konspirasi, bermula dengan George Dairnvaell pada tahun 1846. Banyak tuduhan terhadap Rothschild berasal darinya termasuk dakwaan Rothschild akan menyokong kedua-dua belah pihak yang berperang dan Rothschild mempunyai kawalan terhadap bekalan wang dunia. [7]
Jacob Rothschild ketua Rothschild di London, potrait di belakang 
menunjukkan Nathan Mayer Rothschild, datuk kepada moyangnya.

Disebabkan Rothschild telah membantu Britain memenangi perang menentang Napoleon, mereka diberi kepercayaan oleh kerajaan Britain. Malah banyak projek imperialis Britain seperti pembukaan Terusan Suez juga melibatkan Rothschild. Rothschild turut terlibat dalam pendanaan gerakan Zionisme yang disokong oleh kerajaan Britain. Namun hubungan antara Rothschild dan Kerajaan Britain adalah lebih kepada saling bergantungan: Rothschild memerlukan kuasa Kerajaan Britain, Kerajaan Britain memerlukan wang Rothschild, bukannya Rothschild mengawal kerajaan Britain. Rothschild adalah “private banker” yang tidak mempunyai peranan dalam pengeluaran matawang; bank pusat Britain, Bank of England telah ditubuhkan pada tahun 1694 dan diletakkan di bawah kuasa kerajaan.

Sehebat-hebat Rothschild, mereka tetap manusia yang akan jatuh dari puncak kejayaan. Memasuki abad ke-20 (1900-1999), pengaruh Rothschild semakin merosot akibat dua sebab. Pertama, tersebarnya ilmu kewangan menyebabkan Rothschild tidak mampu untuk memonopoli pasaran kewangan dunia. Hari ini, 5 bank terbesar di dunia adalah milik China (ICBC, CCB, Agricultural Bank of China, BOC) dan Jepun (Mitsubishi UFJ), maka timbullah teori Cina-Yahudi yang mengarut untuk terus menyokong teori konspirasi.

Kedua, kerajaan-kerajaan dunia pada abad ke-20 lebih kuat dan efektif berbanding kerajaan semasa abad ke-19, menjadikan mereka mampu mengatasi kuasa kapitalis seperti Rothschild. Harta cawangan Rothschild di Vienna dan Paris telah dirampas oleh Nazi semasa Perang Dunia Kedua. Malah cawangan Paris juga dinasionalisasikan oleh Presiden Perancis, Francois Mitterrand pada tahun 1982. David Rene de Rothschild, anak kepada ketua Rothschild Perancis, Guy de Rothschild terpaksa memulakan perniagaan keluarganya “from scratch” dan hari ini kedua-dua cawangan Rothschild di London dan Paris hanyalah pemain kecil dalam pasaran kewangan global. [8]
Meme anti-Rothschild

Meme anti-Rothschild yang banyak dikongsi oleh pendukung teori konspirasi termasuk Sheikh Al-Maybanki ini jelas tersasar dari realiti. Dari mana datangnya angka US$ 500 trilion? Pendukung teori ini mengatakan bahawa Rothschild mengawal matawang kertas di dunia, sedangkan jumlah syiling dan wang kertas atas muka bumi hanya bernilai $5 trilion. Kalau dimasukkan dengan emas (US$ 7.8 trilion) pun tidak sampai 500 trillion. Kalau diambil kira “Narrow Money” (28.6 trilion) dan “Broad Money” (80.9 trilion) pun tidak capai. [7]

Teori mengenai konspirasi Yahudi adalah berasaskan spekulasi dan fitnah yang mempunyai agenda politik tertentu. Penulis tidak berniat membela Yahudi atau Zionis. Cuma, dakwaan teori konspirasi melihat dunia ini dengan terlalu simplistik. Yahudi atau Rothschild mempunyai pengaruh tertentu, tetapi mereka tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sistem ekonomi dan politik dunia.

Malah, tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Rothschild patut dijadikan sebagai cerminan kepada umat Islam. Lihat betapa sungguh-sungguhnya mereka berusaha untuk mengubah nasib kaum mereka melalui kekayaan. Mengapa Rothschild boleh bantu membina negara Israel, negara-negara Arab tidak mampu bantu membina negara Palestin?

Baca sampai sini, tentu ada yang bertanya: “bagaimana pula dengan IMF dan Bank Dunia? Dikawal oleh siapa?”

Nantikan artikel seterusnya mengenai “New World Order”.

Sumber Rujukan:

[1] Jacob Landau, “Farmasuniyya”, Encyclopaedia of Islam (2004).
[2] Shulamit Magnus, Jewish Emancipation in a German City: Cologne, 1798-1871 (1997).
[3] Norman Cohn, Warrant for Genocide: The Myth of the Jewish World-Conspiracy and the Protocols of the Elders of Zion (1967).
[4] Mortimer Ostow, Myth and Madness: The Psychodynamics of Antisemitism (1996).
[5] Richard Landes & Steven T. Katz, The Paranoid Apocalypse: A Hundred-Year Retrospective on The Protocol of the Elders of Zion (2012).
[6] Paul Roland, The Nazis and the Occult (2012).
[7] Niall Ferguson, The House of Rothschild: Money’s Prophet, 1798-1848 ().
[8] Niall Ferguson, The House of Rothschild: The World’s Banker: 1849-1998 ().
[9] The Money Project (money.visualcapitalist.com)


Friday, 5 May 2017

PERANG AKHIR ZAMAN BERMULA DI ALEPPO

Telah bersabda Rasulullah SAW; "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s." (HR. Muslim dari Sayidina Abu Hurairah R.A)
Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rom dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rom. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rom tersebut lalu kaum Rom telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Dalam hadis diatas digambarkan terdapat terdapat satu persepakatan antara kaum Muslimin dan bangsa Roman sekarang ini dikenali eropah dan pakatan ketenteraan mereka dikenali sebagai NATO. Kaum Muslimin di ajak bersama-sama dengan pakatan mereka untuk menentang musuh yang menjadi ancaman kepada mereka dan juga kaum muslimin. Ternyata pakatan eropah ini sudah mempunyai rancangan tersendiri iaitu mereka hanya ingin memperalatkan kaum muslimin bagi mencapai tujuan mereka. Mereka memberi bantuan persenjataan dan ketenteraan kepada kaum mujahidin kaum muslimin tetapi apabila kemenangan dicapai oleh mujahidin mereka mendakwa sebenarnya yang menang adalah pakatan salib.
Terdapat banyak sekali koleksi hadis berkenaan siri peperangan seumpama Armagedddon ataupun Peperangan Dunia ke-3 yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'. Imam Muslim membawa dalam penyusunan Sahih hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah (r.) berkaitan dengan penaklukkan Konstantinopel (Istanbul sekarang).

Abu Hurairah melaporkan bahawa Nabi saw bersabda: "Pernahkah anda mendengar tentang sebuah bandar sebahagian yang berada di tanah dan sebahagian yang terletak di tepi laut?" Mereka berkata, "Ya, Wahai Rasulullah".Dia berkata: Hari Kiamat tidak akan berlaku sehingga sampai 70,000 dari keturunan Ishak dalam serangan itu. Ketika mereka datang ke sana, mereka akan turun dan tidak akan berperang dengan senjata dan tidak pula mereka melemparkan tombak apapun. Mereka akan berkata, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar", dan satu setengah dari itu akan jatuh ... dan kemudian mereka akan mengatakan itu untuk kedua kalinya, "Tidak ada yang berhak disembah (sahaja) melainkan Allah, dan Allah Maha Besar", dan bantuan akan diberikan kepada mereka, dan mereka akan memasukinya, dan mereka akan mengumpul dan membahagikan harta rampasan ketika pembawa berita akan datang kepada mereka, berkata, "Dajjal telah muncul ", sehingga mereka akan meninggalkan segala sesuatu dan kembali (ke Syam).

Tentang "Bani Ishaq" (Anak-anak Ishak) disebutkan dalam hadis ini, Ibnu Katsir menulis dalam bukunya "an-Nihayah fil Fitan-wal-Malaahim", melalui "Ashraat kita-Saa'ah" Yusuf bin Abdullah al-Waabil:

Hal ini menunjukkan bahawa ar-Room (di Rom, yang bererti Eropah) akan menjadi Muslim pada akhir waktu, dan mungkin penaklukan Konstantinopel (Istanbul) akan melalui tangan-tangan mereka, sebagai hadis tersebut telah menyatakan, bahawa 70,000 dari Bani Ishaq dalam serangan itu.

Dan Ibnu Khatsir juga menunjukkan dalam perkara yang sama bahawa "ar-Room" (Rom) adalah dari keturunan Al-Ees, Putra Ishaq (Isaac) bin Ibrahim, Khalil (Alaihis Salaam). Dan dalam hadis lain dalam Shahih Muslim, yang lebih menjelaskan, dilaporkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi saw bersabda:

Hari Kiamat tidak akan datang sampai Rom akan mendarat di al-A'maaq atau dalam Dabiq. Suatu tentera yang terdiri daripada (tentera) terbaik dari orang-orang di bumi pada waktu itu akan datang dari Madinah (untuk melawan mereka). Ketika mereka akan menetapkan diri dalam barisan, maka Rom akan berkata: "Jangan berdiri di antara kami dan mereka (umat Islam) yang mengambil tahanan dari antara kita, marilah kita bertarung dengan mereka", dan Muslim akan berkata: "Sebenarnya, dengan izin Allah, kita tidak akan mendapatkan selain daripada anda dan dari saudara-saudara kami yang mungkin anda melawan mereka ". Mereka kemudian akan berperang dan sepertiga (bahagian) tentera akan melarikan diri, yang Allah tidak akan mengampuninya. Sepertiga (sebahagian daripada tentera). 

Mereka akan menerima syahid yang terbaik di sisi Allah itu, akan dibunuh dan ketiga yang tidak pernah menerima keadilan akan menang dan mereka akan penakluk Konstantinopel. Dan ketika mereka akan sibuk dalam membahagikan barang rampasan perang (di antara mereka sendiri) selepas menggantung pedang mereka pada pohon-pohon zaitun, Iblis akan menangis: Dajjal telah terjadi di antara keluarga anda. Mereka kemudian akan meninggalkan (untuk kembali ke Syria), tetapi akan menjadi sia-sia. Dan ketika mereka kembali ke Syria, ia (Dajjal) akan keluar saat mereka akan masih mempersiapkan diri untuk pertempuran menyusun kedudukan.

Pada saat itu, ketika umat Islam akan mempunyai kelimpahan kekayaan, emas dan perak, kaum Muslim akan sangat diremehkan, lemah dan tak berdaya. Negara-negara musuh akan mengundang satu sama lain untuk menerkam mereka seumpama orang lapar mengundang satu sama lain untuk makanan. Para sahabat r.a. bertanya dengan bimbang mengucapkan, "Wahai Nabi Allah! Apakah kita akan sangat sedikit jumlahnya?" Nabi Muhammad saw menjawab: "Tidak, kamu dalam bilangan yang besar seumpama buih di lautan, terlihat di mana-mana mata boleh mencapai Tapi kamu akan dapat ditawan oleh 'wahn' ..!" Para sahabat r.a. bertanya, "Wahai Nabi Allah! Apa itu 'wahn' Baginda saw menjawab: "Cinta dunia dan takut mati!" Anda akan bergandingan tangan dengan kumpulan Kristian dan perang dengan yang lain. Anda akan mendapatkan kemenangan. Pada masa itu, anda akan hadir dalam dataran pergunungan besar dengan banyak pohon. Sementara itu, orang-orang Kristian akan menaikkan salib dan merujuk kemenangan itu. Pada masa ini, seorang Muslim akan menjadi marah, dan akan menarik salib ke bawah, di mana, orang-orang Kristian akan bersatu untuk melanggar semua perjanjian dengan orang-orang Muslim. Orang Kristian akan menuntut beberapa orang yang mereka inginkan, di mana kaum Muslimin akan menjawab: "Demi Allah Mereka adalah saudara kami. Kami tidak akan akan menyerahkan .. " Ini akan memulakan perang. Muslim sepertiga akan melarikan diri. Pertaubatan mereka tidak akan diterima. Sepertiga akan dibunuh. Mereka akan menjadi 'syahid' yang terbaik di sisi Allah. Sisanya satu pertiga akan mendapatkan kemenangan, sampai, di bawah pimpinan Imam Mahdi, mereka akan berperang melawan kafir.. (HR Ibnu Majah)


Friday, 21 April 2017

APAM JOHOL KUIH TRADISI TERKENAL DI NEGERI SEMBILAN

Apam merupakan sejenis kuih gebu yang biasanya diperbuat daripada tepung beras dan dicampur ragi, santan serta gula, memang kuih yang digemari ramai. Antara yang popular ialah Apam putih, Apam Berkuah, Apam Pelangi, Apam Malaysia dan Apam Polkadot. Tetapi Negeri Sembilan khususnya di Johol, sejenis apam yang dinamakan Apam Johol, turut menjadi kegemaran ramai kerana keunikannya dan cara tradisional untuk proses penyediaannya.
Apam Johol Kuih Tradisi Terkenal Di Negeri Sembilan
Apam Johol dahulunya dikenali sebagai Apam Daun Rambai, kerana proses pembuatannya menggunakan daun pokok itu. Ia dikatakan berasal dari Johol kerana terdapat banyak pengusaha dan pembuat makanan itu tinggal di kawasan ini.

Pada mulanya kuih ini selalu dihidangkan pada majlis jamuan sekitar kawasan Johol dan daerah Kuala Pilah sahaja. Tetapi setelah ada pihak yang ingin mengadakan majlis atau keraian, kuih apam akan ditempah dari beberapa orang pengusahanya (pembuat kuih) di Johol.
Apam Johol Kuih Tradisi Terkenal Di Negeri Sembilan
Keenakan apam Johol juga pernah mendapat perhatian oleh anggota Dewan Undangan Negeri Johol, Allahyarham Datuk Roslan Md Yusof semasa beliau dihidangkan dengan kuih tradisi tersebut. Beliau telah mempopularkan kuih tradisi itu dengan memperkenalkannya semasa ucapan penangguhan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sembilan tahun 2005 ketika menyentuh perkara berkaitan pelancongan dan makanan tradisional Negeri Sembilan.
Apam Johol Kuih Tradisi Terkenal Di Negeri Sembilan

Apam Johol Kuih Tradisi Terkenal Di Negeri Sembilan

Apam Johol Kuih Tradisi Terkenal Di Negeri Sembilan
Dalam ucapan itu, beliau telah menerangkan ciri-ciri tradisional yang perlu ada pada kuih apam itu dan menggelarkannya dengan nama apam Johol. Sejak daripada itu, dikatakan kuih ini mula mendapat tempat malah di luar pasaran Johol dan sehingga sekarang ia lebih dikenali dengan Apam Johol berbanding Apam Daun Rambai.

Ciri-ciri tradisi yang terdapat pada Apam Johol atau Apam Daun Rambai ini ialah pembungkusannya menggunakan daun rambai, warnanya coklat muda, tepung yang digunakan tepung gandum dan gulanya pula gula merah atau gula Melaka. Ia juga perlu diadun dengan teliti supaya mampu mengeluarkan aromanya tersendiri apatah lagi ia dibungkus dengan daun rambai. Apam yang dihasilkan juga tidak terlalu manis, tidak melekit dan dibuat pejal serta mampu tahan lama sekurang-kurangnya tiga hari.
Apam Johol Kuih Tradisi Terkenal Di Negeri Sembilan
Selain itu, kalau diperhatikan apam ini juga mempunyai sedikit rekahan di bahagian atas dan sangat enak sekiranya dimakan bersama kuah sambal, rendang, bubur kacang, kuah daging dan kuah durian.