Thursday, 20 April 2017

KISAH 3 MAKAM KERABAT RAJA JOHOR DI KAMPUNG PERMATANG RAJA, PERAK

Siapa sangka bahawa sebuah kampung yang dahulunya dikenali dengan nama Kampung Sungai Hut kini dikenali dengan nama Kampung Permatang Raja telah menyimpan rahsia berkenaan dengan kewujudan makam yang dikatakan misteri dan ianya selalu dikaitkan dengan kisah sebuah kerajaan lama yang pernah menapak di kawasan itu pada satu ketika dahulu. Tiada papan tanda dan penerangan berkenaan dengan makam tersebut menjadi tanda tanya serta pelbagai cerita dan kisah dicipta sendiri untuk menambah perisa semasa penceritaan.
Kisah 3 Makam Kerabat Raja Johor
Lokasi Kampung Permatang Raja terletak di Pantai Remis, Perak. Terdapat 3 makam yang tidak diketahui ramai siapakah yang punya. Menurut penduduk tempatan, makam tersebut dikenali dengan nama Makam Raja dan mereka percaya ianya adalah persemadian keluarga diraja kerana bentuk makam tersebut tidak sama seperti yang kubur biasa yang ada disitu. Ada juga yang katakan makam tersebut telah dipindahkan dari tempat asalnya yang terletak di belakang rumah seorang warga tua yang digelar Pak Kassim Tractor.
Kisah 3 Makam Kerabat Raja Johor
Untuk makluman anda, Sultan Idris Shah pernah melawat makam ini pada tahun 1965 dan mengakui ianya adalah makam di raja. Namun ianya tidak berkaitan dengan salasilah kesultanan Perak. Baginda menukarkan kayu nisan dengan batu nisan yang baru seperti keadaannya yang boleh kita lihat pada hari ini. Sejak dari hari itulah baginda Sultan Idris Shah telah menukarkan nama kampung tersebut dari Kampung Sungai Hut kepada Kampung Permatang Raja.
Kisah 3 Makam Kerabat Raja Johor
Pertukaran nama kampung tersebut adalah cadangan daripada ketua kampung itu sendiri. Individu yang bernama Mohd Nor bin Ishak yang dikenali sebagai nama panggilan Pak Tam oleh penduduk setempat. Sultan Idris Shah perkenankan cadangan dari Pak Tam dan untuk memperingati makam tersebut, maka bertukarlah nama kampung tersebut dari Kampung Sungai Hut kepada nama Kampung Permatang Raja.
Kisah 3 Makam Kerabat Raja Johor
Pada tahun 1990, pasukan muzium di raja Sultan Johor pernah datang melawat dan membuat kajian di makam ini. Terdapat 3 makam yang ada disitu dan mereka mengatakan bahawa dua buah kubur lama daripadanya adalah kepunyaan Tengku Fatimah dan Tengku Zaleha yang merupakan anak kepada Raja Abdullah dan satu lagi kubur adalah kubur bapa mereka berdua iaitu kubur Raja Abdullah. Untuk makluman anda, mereka adalah kerabat diraja Johor. Anda teruja ingin tahu kisah Raja Abdullah yang ditulis oleh editor orangperak.com kami? Teruskan membaca untuk ketahui info lanjutnya.
Kisah 3 Makam Kerabat Raja Johor
Berlaku dalam lingkungan abad 18 menurut cerita yang diperturunkan, Raja Abdullah telah membawa lari kedua-dua puteri baginda dari Johor ke kampung ini kerana ingin lari dari Raja Siam yang mahu mengambil kedua-dua puteri baginda sebagai isteri. Raja Abdullah telah membawa seluruh keluarga baginda dan hulu balang yang berjumlah dalam sekitar 60 orang ke kampung ini dengan melalui sungai hut. Baginda Raja Abdullah telah dirikan istana kayu dikawasan tersebut dan membangunkan kerajaan kecil disitu.
Kisah 3 Makam Kerabat Raja Johor
Kerajaan Raja Abdullah pada waktu itu dikenali dengan nama Negeri Pelindung. Sebelum tempat itu dikenali dengan nama Matang Perak, penduduk di situ mengusahakan tanaman sawah padi di Kampung Tebuk. Ada juga yang bekerja sebagai nelayan di sungai dan laut yang berdekatan. Istana kayu Raja Abdullah yang dahulunya terletak di sekitar kawasan Sekolah Kebangsaan Kampung Permatang Raja yang mana menurut orang lama tempatan, pada tahun 1970 masih terdapat kesan tiang kayu struktur binaannya di sini.
Kisah 3 Makam Kerabat Raja Johor
Tidak lama selepas mentadbir kerajaan baru itu, Kerajaan Negeri Pelindung habis musnah kerana diserang wabak penyakit yang dikatakan penyakit taun. Ramai yang mati termasuklah kedua-dua puteri baginda. Mereka semua dikebumikan dikawasan yang sama. Raja Abdullah tidak terkena wabak taun dan selamat dari jangkitan wabak terus berpindah ke Beruas dan menetap disana sehinggalah meninggal dunia di Beruas.
Kisah 3 Makam Kerabat Raja Johor
Binaan batu berpagar telah didirikan oleh pihak muzium Sultan Johor sebagai simbolik sahaja dan tiada jasad manusia di dalamnya kerana ianya adalah replika dari yang asal. Batu nisan kubur ini pada asalnya adalah batu penambat lembu milik Pak Kassim Tractor yang pernah membela lembu di sini. Terima kasih kepada Nazrin Abu Hassan kerana sudi kongsikan gambar-gambar serta serba sedikit maklumat tambahan mengenai makam ini untuk bacaan pembaca orangperak.com dan semua.


No comments:

Post a Comment