Aku Keliru…
Perasaan Apakah Yang Aku Alami Tika Ini?
Sepertinya
Aku Pernah Mengalami Perasaan Ini Dulu…
Rindu..Rindu Yang Amat Sangat..
Rindu Senyumannya…
Rindu Tawanya
Rindu Keletahnya…
Aku Rindu Semuanya
Ya…Benar..Aku Pernah Merasai Rindu Ini
Pernahkah Ia Hilang
Tapi Kenapa Kini Ia Datang Lagi..?
Kemana Perginya Sebelum Ini?
Dan Kini Rindu Ini Bertandang Lagi….
Sesungguhnya Benar
Ia Pernah Hilang Atas Kekhilafan Diri
Kerna Ego Yang Menggunung
Langsung Tidak Pernah Menghargai
Susah Senangku..Dia Tetap Bersama
Pergi Dan Balik Urusan Ku…Dia Setia Menunggu
Tangis Dan Tawaku…Dia Sanggup Menemaniku
Sanggup Berbatu-Batu Mengharung Pekat Malam
Untuk Mendapatkan Aku Dan Menyeka Airmataku Meredakan Tangisku
Ya Allah..Betapa Buta Mata Hatiku..
Insan Yang Benar-Benar
Setia Dan Sayang Padaku
Langsung Tidak Ku Pedulikan…
Hanya Kerana Kesilapan Kecil Yang Dia Lakukan
Aku Terus Menghukum Dengan Cara Yang
Menekan Perasaan….
Aku Buat Tak Endah Dengan Keluhannya…
Aku Buat Tak Kisah Dengan Duka Laranya
Sedangkan Apa Sahaja Yang Berlaku Pada Aku
Dia Akan Setia Bersama
Sayang..
Maafkan Aku…Maafkan Aku…Maafkan Aku..
Kini Aku Sedar..Aku Telah Melakukan Kesilapan
Kerna Menghindar Darimu
Sedangkan Sebenarnya Aku Masih Cintakanmu…
Hatiku Berkata Sayang Dan Rindu
Tapi Ego Dan Keangkuhan Ku Segera Menafikan
Aku Terus Leka Dengan Keegoan Yang Menongkat Langit Ini..
Maafkan Aku Sayang…
Maafkan Aku…Aku Sayang Dan Cintakan Mu
Aku Tak Boleh Jauh Darimu
Aku Tak Sanggup Kehilanganmu
Jangan Tinggalkan Aku Sayang…
Sayang..Tak Dapat Kujanjikan Bulan Dan Bintang
Untukmu Yang Begitu Setia…
Tapi Aku Berikrar..Selagi Nafas Ku Masih Ada..
Kau Tetap Ku Belai Dan Ku Jaga
Sekali Pun Tidak Kau Ku Sia-Sia
Sayang
Kerana Rindu Yang Bertandang…
Aku Kini Sedar
Hanya Kau Yang Aku Cinta
ArtMohamad
02102011
2233
No comments:
Post a Comment