Friday 14 October 2011

~ Marilah Bersama Kita Pertahankan ~

Salam, hari ni aku ingin meluahkan sesuatu dan berkongsi pandangan..ia susulan luahan hati aku semalam; lihat status FB aku...

Bila baca status aku..mungkin ada yang tertanye² apakah puncanya aku meluahkan sesuatu perkara yang seperti ini...ianya tak lain tak bukan aku meluahkan rasa hati aku tentang keaslian tari² tradisional Melayu di negara kita yang tercinta ini..sebetulnya aku telah di'tag' di dalam FB sebuah video persembahan dari kumpulan kesenian dari sebuah negeri yang mempersembahkan tarian zapin..

Sebelum sempat habis menonton persembahan dalam video tersebut..aku pergi ke halaman lain dgn niat memang tak mahu terus menonton..tiba² jew aku rasa tidak puas hati malah rasa sakit hati sangat.. Sebab..?? Mari aku nyatakan kenapa aku rasa begitu
Tarian Zapin adalah sejenis tarian rakyat Melayu tradisional yang berasal dari Arab-Parsi, malah ada yang mengatakan ia berasal dari Yaman..perkataan Zapin diambil dari perkataan Al-Zafn yang membawa maksud "Gerak Kaki"..dan pastinya ia hanya ditarikan oleh penari lelaki. Ia di bawa ke Tanah Melayu oleh pedagang² Arab yang berdagang pada zaman kegemilangan Melayu Melaka. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya..Tarian Zapin Arab, Tarian Zapin Johor, Tarian Zapin Lenga, Tarian ZAPIN PEKAN, Tarian Zapin Tenglu dan lain².

Sejujurnya aku memang takde masalah tentang gerak zapin dalam video itu..cuma aku memang bermasalah dengan kostum (busana) yang digunakan oleh kumpulan ini... Begini, dari mula aku belajar tentang seni tari ni...aku telah diajar tentang jenis² busana yang digunapakai untuk tarian² rakyat ini..ianya berbeza untuk busana yang digunakan untuk tarian² istana..













contoh busana² / kostum dalam tarian² Tradisional Melayu kategori Tarian Rakyat

So, kalian boleh lihat sendiri contoh² pemakaian busana bagi tarian rakyat kan..di sinilah masalahnya bermula..ramai pihak yang kununnya penggiat seni tari selalu mengabaikan tentang hal ini semata² untuk dikomersialkan..keghairahan untuk menunjuk² kostum dan aksesori yang indah hinggakan nilai estetika sesebuah tarian itu tenggelam...Tarian Rakyat dipersembahkan menggunapakai kostum, busana dan aksesori terlalu sarat..umpama ingin mempersembahkan repertoire Tarian² Istana... Biarlah logik sikit..jangan over dalam berbusana..sesuaikanlah mengikut konsep tariannya. Harus faham apa yang boleh dan tidak..apa yang sesuai dan tidak sesuai dalam Tarian Rakyat... Pernah tak kalian menonton sebuah persembahan tarian yang mana para penari wanitanya menggunakan korset di luar baju kebaya yang digunakan??? Tentu pernah bukan...gile kew...? Korset penggunaannya di dalam baju kebaya tersebut..untuk memperlihat keindahan kebaya itu sendiri malah dengan adanya korset itu..bentuk tubuh penari wanita akan lebih solid dan mantap... Tapi sekarang ini itulah yang menjadi kebiasaan atau 'trend' yang langsung tidak diendahkan walau telah ditegur...

Berbalik kepada video yang dipertontonkan seperti di atas..kelihatan penari lelaki memakai tanjak..penggunaan tanjak di dalam tarian rakyat adalah tidak sesuai..!!! Bukankah lebih manis dan sopan sekiranya mereka menggunakan songkok? Kalau tidak salah..tanjak yang dipakai ini namanya 'Lang Menyunsung Angin'...iaitu ikatan tanjak yang sama digunakan oleh KDYM Sultan Pahang dan Tengku Mahkota Pahang. Jadi...suaikah penggunaannya dalam Tarian Rakyat???




Dapat juga diperhatikan di dalam video tersebut, penari wanita..tengoklah busana mereka..bagi saya secara peribadi 100% tidak sesuai dengan Tarian Zapin ni...kelihatan juga 'pemanis dahi'...cucuk sanggul yang sarat dan rambut palsu panjang..dengan material busana yang begitu menyerlah..sekali pandang seperti hendak membuat persembahan 'Mek Mulung' pulak seperti di bawah ini...




Selain itu..pemakaian 'pemanis dahi' adalah untuk Tarian² Istana...seperti Asyik, Joget Gamelan, Timang Burung dan lain²...Biar aku terangkan tentang Tarian Asyik ni...




Tarian Asyik merupakan sejenis tarian Melayu klasik dari daerah² di Kelantan yang ditarikan di istana² raja Kelantan dan Patani. Asyik bererti kekasih, oleh itu tarian ini bersesuaian dengan gerak-geri bersifat lemah lembut dan penuh dengan ketertiban. Tarian ini dimulai dengan sepuluh orang penari masuk ke dewan/balairong seri terlebih dahulu, lalu duduk bersimpuh dengan tertibnya. Kemudian tampillah Puteri Asyik dan mereka pun mula menari. Tarian Asyik ini ditarikan dalam upacara perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di Istana.


Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik. Tarian ini mempunyai rentak perlahan dan gemalai, kerana ia ditarikan di hadapan raja dan permaisuri. Penari asalnya dalam pakaian berkemban dengan tali pinggang dan mahkota kecil sebagai 'pemanis dahi'. Bahagian utama tarian ini terdiri dari duduk bersimpuh dengan gerakan membayangkan haiwan dan persekitarannya; alunan ombak laut, burung melayang, ikan berenang, gajah berarak dan sebagainya. Sesetengah pergerakan menyerupai tarian pementasan Mak Yong. Tarian Asyik biasanya ditarikan oleh para inang remaja di Istana.



Aku terangkan juga serba sedikit tentang Tarian Timang Burung yang juga salah satu tarian istana..menurut fakta sejarah, Tarian Timang Burung mula diperkenalkan di Terengganu selepas Tengku Mariam iaitu seorang puteri Pahang, mengahwini Tengku Sulaiman yakni putera kepada Tengku Zainal Abidin dari Terengganu. Tarian ini adalah sebuah tarian Melayu klasik dan antara 33 repertoire tarian gamelan yang masih wujud pada zaman ini.

So, inilah luahan hati aku tentang status aku di FB baru² ni..apa yang aku harus buat untuk memperbetulkan kesilapan² yang sudah menjadi kebiasaan ini? Kata orang...'betulkan yang biasa, biasakan yang betul'.. Harus sampai bile ia patut dibiarkan? Aku kecewa kerana sebagai penggiat seni tari juga, tidak ku lihat semangat untuk mempertahankan DISIPLIN dalam sesebuah tarian tradisional kita.. Memanglah namanya tarian, bergantung kepada kreativiti masing² tapi TOLONGlah JANGAN ketepikan perkara yang harus/perlu semata² ingin meraih tuntutan komersial yang pasti akhir nanti akan melupuskan nilai asli sesebuah tarian. Kita yang perlu pertahankan susur galur sesebuah tarian..aku bagi contoh sebagai perbandingan..bagaimana ia dipertahankan... Sejenis tarian dari negara Eropah iaitu BALLET...ia bermula pada abad ke - 16 Masihi di Perancis lalu berkembang megah sampai ke Timur (Jepun, Korea, China dll) dan akhirnya ke negara kita sendiri, Malaysia.. Dari mula hingga kini tiada perubahan dari konteks busananya!!! Sikit pun  tak berubah atau dengan kata lainnya, kalau pun ada perubahan tidaklah sampai menghilangkan nilai estetika ballet itu sendiri..beratus tahun lamanya namun ia tetap dalam DISIPLIN yang sama..












Bagaimana pula dengan tarian tradisional kita?? Adakah kita masih dan terus berpegang pada DISIPLINnya...?? Kita fikirkan bersama...tanpa sedar kita telah buang perlahan² nilai² estetika Melayu yang asli..kita ikut peredaran zaman (katanyer...)..kita tambah di sana dan kurangkan di sini...akhirnya warisan kita semakin SERABOT dan bakal tinggal nama..Jadi, pada semua teman penggiat seni tari/aktivis budaya...marilah kita sama² pertahankan keaslian dan keindahan tarian tradisional kita..hormatilah warisan generasi terdahulu..supaya karya, warisan kesenian ini akan turut dihormati oleh masyarakat dan bangsa dunia.. Ini sekadar pandangan dan teguran kepada generasi muda supaya tidak terlalu mengejar glamour dan keuntungan semata²...



1 comment:

  1. ..katanyer...tak sempat nak tukar baju...5 minit jew mase yg ada...huhuhuhu...kelakar juga..aku ni prnah bergelar artis budaya (penari), sering buat show dlm & luar negara..setakat running show...mmg lumpuh dibuatnyer..dpt plak yg 45 minit..mse yg ada lebih kurang 2.5 minit...tk smpat turun tangga pentas ag dah tanggal mane2 yg patot..songkok ke, tanjak kew, ape2 je la yg smpat dlm 2.5 minit tu...inikan pula 5 minit.. x sempat katanyer....huhuhuhu

    ReplyDelete