Inspitari 2014 merupakan kesinambungan Inspitari terdahulu (2010 hingga 2013) yang melibatkan 15 Kumpulan Kesenian JKKN. Penganjuran ini merupakan satu usaha dalam melahirkan karya dan produk baharu yang lebih dinamik dan segar. Objektif penganjuran program ini adalah untuk memperbanyak koleksi tarian baharu yang unik, segar dan beridentitikan Malaysia. Di samping bertujuan meningkatkan daya kreativiti para jurulatih dan artis budaya (tari dan muzik) setiap Kumpulan Kesenian JKKN. Program ini dilihat mampu menjadi pemangkin untuk melahirkan kumpulan kesenian yang lebih mantap, berketerampilan dan bertaraf profesional.
Ilham YBhg Datuk Norliza Rofli, Ketua Pengarah JKKN ini telah menghasilkan satu jenama Inspitari; gabungan dua perkataan Inspirasi dan Tari. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, Inspirasi bermaksud ilham, bisikan hati, sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu manakala Tari pula bermaksud tarian gerakan badan serta tangan dan kaki secara berirama mengikut rentak muzik. Namun dalam konteks program yang dianjurkan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) ini, Inspitari merupakan satu garapan daya cipta dan kreativiti yang ditampilkan dalam bentuk persembahan tarian ciptaan baharu berasaskan imej dan identiti negeri serta masyarakat Malaysia yang dipersembahkan oleh Kumpulan Kesenian JKKN.
Inspitari 2014; melibatkan seramai 16 orang jurulatih dan 276 orang artis tari serta berjaya menzahirkan 16 karya baharu untuk dipersembahkan. KKJKKN Johor membawa karya yang bertajuk Mappa Duppa dan dicipta oleh Encik Hamly Shah Ramli manakala KKJKKN Perak pula mempersembahkan Rontak Kudo yang dicipta oleh Encik Zuri Azmir Zukpli. Met Ketok; karya ilham Puan Nor Azreen pula mewakili KKJKKN Kedah, manakala Encik Abd Razak Abd Malek menghasilkan karya bertajuk Ghemeh yang dipersembahkan oleh KKJKKN Pulau Pinang. KKJKKN Kelantan pula mempersembahkan karya Encik Mohd Radzi Yusof yang bertajuk Mek Bungo.
Encik Suhaib Daud telah menghasilkan karya baharu bagi KKJKKN Melaka bertajuk Tari Nazam manakala tarian Ulun Madai pula telah digarap dengan begitu menarik oleh Puan Hasni Abu Hassan dan dipersembahkan oleh KKJKKN Sabah.
Karya yang ringkas namun indah telah diilhamkan oleh Encik Amran Nunet bagi KKJKKN Ibu Pejabat (I) bertajuk Kiut dan diikuti oleh Rambong Krathong; karya baharu inspirasi Encik Novriadi Jamalus mewakili KKJKKN Perlis. KKJKKN Pahang pula mempersembahkan Lenggok Che’ Nor, hasil garapan Encik Mohd Ash’ari Osman dan sentuhan orang lama iaitu Encik Muhammad Muhaldin Jamin telah menghasilkan karya Keroncong Berdendang Kasih; dipersembahkan oleh KKJKKN Selangor.
Ngalai Apu’ Busak dipersembahkan dengan mantap oleh KKJKKN Sarawak, hasil karya Puan Soffina Ahamad manakala KKJKKN Terengganu mempertontonkan karya yang diberi nama Rejam Jengan. KKJKKN Negeri Sembilan pula telah mempersembahkan Ghontak Bongai; ilham Encik Nor Shaifulnizam Ramli. Puan Siti Suhaila Taman pula telah mengilhamkan tarian Kabaddi yang dipersembahkan oleh KKJKKN Ibu Pejabat (II) dan sebagai penutup, JKKN WP Kuala Lumpur memperlihatkan karya baharu yang diberi nama Lenggang Bukit Bintang hasil sentuhan Encik Raziff Abd Rahman.
Persembahan Inspitari 2014 ini menampilkan Muaz Mohamed dan Hanie Hamid sebagai pasangan pengacara di samping juruacara tersohor; Encik Saifulkhairi Ahmad. Turut memeriahkan persembahan ialah tiga (3) kumpulan undangan iaitu Pertubuhan Warisan Seni Tari dan Muzik Melayu (MAWARKU) yang mempersembahkan tarian autentik berjudul Asyik Sasang; Kumpulan Kesenian Ya Nasr (Kelab Tunas Budaya) dengan Rampaian Tarian Rakyat dan kumpulan Wakaka Crew yang mempersembahkan tarian generasi muda yang diberi nama Urban 1Malaysia.

Laporan disediakan oleh : Art Mohamad
No comments:
Post a Comment