Friday, 3 March 2017

DARI BLOG CHE DET

Image may contain: 6 people, people smiling, text

Dari blog chedet.cc .....lebih lucu mereka selalu cop pihak yg menegur mereka sebagai pengkhianat......

UMNO SEBAGAI PENGKHIANAT
10 Feb 2017

1. Apabila Muhyiddin mengaku bahawa UMNO dan BN telah membangun dan memaju negara Malaysia, maka pembodek Najib pun gembira dengan pengakuan ini.

2. Bahawa kenyataan ini adalah berkenaan UMNO dan BN dahulu yang memerdeka dan membangun Malaysia, tidak segan-segan diterima sebagai kepujian kepada UMNO dan BN sekarang.

3. Malaysia dahulu dikenali sebagai Asian Tiger. Tetapi sekarang Malaysia dikenali seluruh dunia sebagai negara rasuah yang tertinggi. Juga ia didakwa diperintah oleh seorang kleptokrat, iaitu pemerintahan penyamun dan penyangak yang mencuri duit rakyat.

4. Pentadbiran dan pembangunan Malaysia sekarang ini dipandang jijik dan tidak lagi sebagai contoh kepada negara lain.

5. Perdana Menterinya sekarang takut hadir di PBB kerana akan disoal tentang jenayah yang dilakukan olehnya.

6. Dalam negara pula Najib dan penyokongnya dalam UMNO dianggap sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu dan Malaysia dan negara. Duit Kerajaan habis diguna untuk pembelian sokongan dibawah slogan Cash is King.

7. Sesungguhnya nama baik UMNO dan BN sudah dicemar sehingga beralih kepada nama yang dibenci oleh rakyat dan dipandang hina oleh dunia.

8. UMNO dan BN yang disebut oleh Muhyiddin bukan UMNO pimpinan Najib dan konco-konconya sekarang. Umno ini dikenali sebagai kleptokrasi pimpinan penyangak dan pencuri yang memberi nama yang amat buruk kepada Malaysia diseluruh dunia.

9. UMNO Najib ini adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu terutamanya dan kepada Negara amnya. Penyokong-penyokong Najib, samada dibeli atau tidak oleh Najib, tidak kurang dari mengkhianati bangsa dan negara.

10. Diperingkat akar umbi dan juga segelintir pemimpin sudah ramai yang meninggal UMNO. Tetapi masih ramai pengkhianat yang tinggal dalam UMNO.

CHEDET.CC


SUMBER: https://www.facebook.com/kcdmalaysia/posts/1330570583697274:0

No comments:

Post a Comment