Sultan Sharif Ali adalah Sultan Brunei ketiga yang memerintah Brunei dari tahun 1425 hingga 1432. Baginda adalah seorang ulama, pemimpin & pendakwah berbangsa Arab yang dilahirkan di Taif, Mekah. Baginda juga berketurunan Rasulullah SAW dari jalur Saidina Hassan. Ketokohannya dalam kepimpinan menyebabkan baginda dilantik menjadi Sharif Mekah (pemimpin Mekah) pada usia yang muda.
Pada tahun 1395, ketika baginda berusia 23 tahun, Sharif Ali meninggalkan jawatannya sebagai Sharif Mekah & menuju ke Brunei bagi menyebarkan dakwah Islam. Sultan & penduduk Brunei pada ketika itu sudah pun memeluk Islam, namun pengamalan Islam tidak begitu kukuh di Brunei. Ini kerana mereka masih baru memeluk agama Islam.
Ketika Sharif Ali tiba di Brunei, baginda telah mengajarkan ilmu2 Islam pada penduduk Brunei. Baginda telah menjadi ulama rujukan & imam bagi penduduk2 Brunei. Baginda sangat disayangi oleh penduduk Brunei. Akhlaknya yang begitu indah menarik perhatian Sulten Brunei pada ketika itu iaitu Sultan Ahmad (1408-1425). Maka Sultan Ahmad pun mengahwinkan Sharif Ali dengan puterinya.
Sultan Ahmad juga menamakan Sharif Ali sebagai penggantinya. Maka ketika Sultan Ahmad wafat pada tahun 1425, Sharif Ali telah ditabalkan menjadi Sultan Brunei yang baru. Baginda meninggalkan kemuliaan & pangkatnya sebagai Sharif Mekah demi agama, akhirnya Allah kurniakan kedudukan yang lebih tinggi padanya. Dengan pelantikan tersebut, syariat Islam di Brunei semakin kukuh.
Sultan Sharif Ali wafat pada tahun 1432. Putera baginda iaitu Raja Sulaiman (1432-1485) diangkat menjadi Sultan Brunei bagi menggantikannya. Hang Tuah pernah datang ke Brunei pada masa pemerintahan Sultan Sulaiman bagi membawa perutusan Sultan Mansur Syah. Sultan2 Brunei yang berikutnya juga adalah dari keturunan Sultan Sharif Ali termasuk Sultan Brunei sekarang iaitu Sultan Hasanal Bolkiah.
Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Islam Nusantara
SUMBER: https://www.facebook.com/wan.kkj/posts/1633820060015051
No comments:
Post a Comment