Sunday 1 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU...!!!

goodbye 2011.....&

welcome 2012


2011....sudah di penghujung..kurang beberapa detik lagi kita akan menyambut tahun baru 2012...hihihi..ada yang seronok menyambut tahun baru..siap pasang azam baru, walhal azam lama pun tak tertunaikan lagi...ada tu pulak..xde respond pun sama ada tahun baru ke tidak...buat 'dek' je la....dan aku.... aku...hurmmm....teruskan kehidupan ini dengan apa yang aku ada...itu aje...azam baru takde sebab aku menyelusuri hidup ini bergantung sepenuhnya kepada situasi semasa....tak gheti aku nak merancang terlalu jauh...sedangkan usia bukan ditangan sendiri...segalanya Allah swt yang menentukan....
2011...banyak meninggalkan kenangan...pahit dan manis silih berganti...macam ikut syif plak..kejap OK and kejap X....hati dan perasaan dah jadi macam 'imun' dengan setiap kejadian..walau bagaimanapun aku tetap bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan Allah swt kepada aku..pasrah dan redha...

2011...ada ketika hati aku terasa begitu rapuh dengan dugaan..ada kalanya seperti tidak seperti memberi sebarang kesan kepada aku...aku pernah bertunang pada 20 Mac 2011...dan kemudiannya putus pada 07  Julai 2011...tertuduk seketika dengan apa yang melanda dan alhamdulillah aku mampu bangkit semula tanpa perlu menoleh ke belakang...di tahun ini juga aku bagai dilanda badai tsunami cinta...semua kejadian ini bakal mengukuhkan hati dan jiwa aku...

2011...aku telah dipandang serong oleh segelintir manusia...aku dianggap benteng / tembok kepada kebebasan dalam kehidupan dan awalnya aku merasa malu dengan tanggapan mereka terhadap aku...tetapi disebabkan 'sir' yakni hati di dalam hati telah memberitahu kepada aku "kenapa aku harus malu?? sedangkan aku tidak pernah meminta waima 1 sen pun daripada mereka? siapa yang sepatutnya malu? aku atau mereka? persetankan mereka yang tidak pernah mengukur baju di badan sendiri...pedulikan mereka yang tidak pernah 'cermin' diri sendiri...!!".... biarlah aku salah di mata mereka...biarlah mereka dengan persepsi mereka...biarlah aku hina di mata mereka...kerana kemuliaan itu bukan mereka yang menentukan...Allah swt lebih mengetahui...aku akan teruskan kehidupan ini...aku akan teruskan perjuangan ini...walaupun sampai tiada siapa lagi di sisi aku.... 

2011...aku sering muhasabah diri..aku sedar aku banyak melakukan kekhilafan...lantaran itu..dengan kerendahan hati dan ketulusan jiwa...aku memohon ribuan kemaafan kepada mereka semua yang pernah terlibat atau berurusan dengan aku secara langsung atau tidak langsung...mana yang boleh aku perbaiki...aku perbaiki..mane yang tak boleh, takkan aku ulangi kesilapan yang sama...kerana "melakukan kesilapan adalah perkara biasa sebagai manusia, tetapi melakukan kesilapan yang sama berulang kali adalah perkara yang luar biasa"...

2011...selamat tinggal aku ucapkan....2012...selamat datang...hadirnya tahun baru ini maka menginjak lagi umur aku namun, apalah ada pada ANGKA...ia sekadar angka.. semoga tahun 2012 ini akan memberikan sinar kehidupan yang lebih bergemerlapan !!! Amin




No comments:

Post a Comment