Friday 20 January 2012

:: KiSaH CiNtA PeRtAmAkU ::

salam, semakin hari umo semakin meningkat..banyak kenangan yang harus ditinggalkan...namun dalam banyak² kenangan..kenangan CINTA adalah diantara kenangan yang paling sukar untuk aku lupekan....dan untuk entry yang ini...aku mulakan dengan kisah CINTA aku yang pertama....

..biarlah aku kenalkan dirinya sebagai A sahaja...aku mula mengenalinya sewaktu aku bertugas sebagai kakitangan awam di salah sebuah PENJARA di negeri adat.... dan A pula merupakan salah seorang 'biduan' dalam penjara itu...namun peraturan penjara menyatakan...bahawa setiap 'biduan' yang bakal bebas dalam mase 2 tahun dan berkelakuan baik akan diberi kepercayaan untuk bekerja di dalam kawasan penjara. A pula akan dibebaskan tidak sampai setahun lagi..dan A berkelakuan baik dan dianugerahkan 'blue suit'. 'Blue Suit' adalah anugerah tertinggi untuk mane² biduan yang terbaik (kelakuan), berdisiplin dan boleh dipercayai... Jadi..A telah diberi kerja di pejabat tempat aku menjalankan tugas...tugas A pd ketika itu adalah untuk membersih kawasan pejabat dan menjadi pembancuh kopi atau kata korporatnya 'tea lady' bagi perempuan... hurmmm..disinilah cinta kami bermula...

pada hari A dibebaskan..aku telah mengambil inisiatif untuk menghantar A pulang ke kampung halamannya di negeri Walinongsari..seminggu aku mengambil cuti untuk menghabiskan mase dengan insan tercinta...wahhh...bahagia sungguh aku rasakan...setiap saat detik yang kami lalui amat bermakna dan ceria...sehinggalah ke pnghujung percutian...aku kembali ke kL...rasa sedih dan berat sangat meninggalkan kekasih tercinta...menangis sepanjang perjalanan ke kL...ketika sampai rumah abangku...mata ku sudah pun bengkak...hahahaha...(hebatkan penangan cinta...)
malam pada hari yang sama aku sampai kL...terasa rindu yang amat sangat pada dia...mmg rindu yang aku tak boleh menanggungnya lagi..lantas...aku capai kunci kereta dan aku kembali memecut untuk mendapatkan cinta hati...aku tak sanggup berjauhan darinya..
********************************
itulah dugaan pertama yang aku tanggung sejak berkasih dengannya...namun...ialah...nak pertahankan sesebuah hubungan itu..smpai mana lah termampu...akhirnya hubungan kami putus di tengah jalan...kebahagiaan yang di raih hanya untuk seketika cuma...wlu telah banyak pengorbanan yang aku lakukan demi cinta padanya...namun semua itu tidak dipandang waima hanya dgn sebelah mata... cerita pasal pengorbanan...hurmmm...sesalan seumur hidup... 1) aku berhenti dari perkhidmatan awam malaysia kerana ingin mengikut cinta hati ku ini..... 2) ku sanggup jual kereta milikku bagi mendapatkan duit untuk membantu kesempitan hidup cinta hati ku... 3) ku sanggup tinggalkan keluarga tersayang demi memiliki kasih dan cinta si A.... namun...semua itu langsung tidak berbaloi kerana akhirnya aku ditinggalkan (si A ada yang lain)....

berita terkini yang aku dengar...si A telah pun mendirikan rumahtangga...berbahagia denga dua pasangannya serta anak² yang dikasihi........

No comments:

Post a Comment