Tuesday 23 May 2017

ADUHAI! SEDIHNYA JADI MELAYU!

Bila ada kisah atau peristiwa negatif tentang Melayu dalam sejarah, maka semua etnik rumpun Melayu yang lain tumpang sekaki mengutuk bangsa Melayu dengan tak malunya. "Eh teruk betul orang Melayu dulu ek…dah la pelupa, bodoh, suka berperang dan tak bersatu, sebab itu mudah kena jajah." Si Bugis pun cakap, "Aah betul tu, semua Melayu macam tu, lembik dan lemah, tak macam orang Bugis yang hebat belaka." Si Minang pula cakap, "Iyo batui tu Melayu ni tak pandai, orang Minang banyak yang cerdik pandai banyak cendekiawan." Si Banjar pula cakap, "Melayu panakut, masa komunis mengamuk dahulu Melayu lari manciput, Banjar haja yang timpas." Si Jawa pula cakap, "Melayu pemalas, semua kerja kita orang Jawa yang sental sebab Jowo memang rajin."
Hasil carian imej untuk melayu dulu
Tapi bila kita bercerita tentang sejarah yang gemilang tentang bangsa Melayu dan sejarah yang membanggakan tentang Melayu, maka semua turut tak malu nak tumpang sekaki. Si Bugis mula mengaku Melayu, Si Minang mula mengaku sebagai Melayu, si Banjar mengaku Melayu, malah si Jawa mengaku Melayu-Jawa. Bila ada satu parti politik tu ditubuhkan untuk menjaga kepentingan orang Melayu dan ketuanan Melayu maka semua suku-suku rumpun Melayu yang sebelum ni tak mengaku Melayu dan malu mengaku Melayu mula tersenyum kerang dan jadi Melayu dalam borang keahlian dan IC. Semua nak dapat kelebihan yang sama macam Melayu, semua nak dapat tanah macam Melayu, semua nak dapat biasiswa macam Melayu dan subsidi macam Melayu.
Hasil carian imej untuk melayu dulu
Tapi bila ada statistik yang sebut banyak penganggur adalah Melayu, banyak penagih adalah Melayu, banyak banduan adalah Melayu, banyak perasuah adalah Melayu maka semua suku rumpun Melayu yang lain tadi mula sembunyi belakang kemuncup dan tak mengaku yang depa Melayu. Padahal statistik tersebut semua termasuk yang suku-sakat rumpun Melayu tadi JUGOK! Malah ada yang memang mak pak dia Melayu pon sanggup tak mengaku Melayu sebab kononnya dulu tok nyang belah nenek tiri kedua dia ada kahwin dengan Cina Hainan or dengan Siam Bangkok or dengan Bangla, or dengan Mat Saleh. Jadi bagi dia… “I bukan Melayu pure, so i tak campur dengan statistik tu sebab i celop." Celop kepala %^&**! aok.
Imej yang berkaitan
Bukan itu sahaja malah ramai yang buang bangsa sebab katanya tak ada class dan tak penting. Yang aliran agama buang Melayu sebab nak jadi Arab, yang belajar aliran omputeh buang Melayu sebab bagi depa Melayu bangsa kolot dan tak maju, yang liberal pula buang Melayu sebab nak 1Malaysia.
Hasil carian imej untuk melayu dulu
Kesian sungguh nasib Melayu. Sejak dari dulu sampai sekarang selalu jadi mangsa persepsi yang negatif. Pelbagai tohmahan dan tuduhan bangsa ini terima sejak zaman berzaman. Bukan sahaja daripada orang luar tetapi juga suku sakat rumpunnya sendiri. Bak kata kawan saya, kalau bangsa Melayu ni TAIK sangat mengapa sejak beribu tahun banyak pendatang, pendagang, penjajah dan penjarah yang datang sini dan bertemu dengan orang Melayu dan mengkaji pasal orang Melayu, menulis pasal orang Melayu dan kerajaan-kerajaannnya yang gemilang. Malah siap BERKAHWIN campor dengan orang-orang Melayu. Kenapa bangsa yang kononnya macam TAIK ini selalu dijilat dengan penjajah dan suku-suku rumpun bangsanya sendiri dengan rakusnya? Begitu teruk persepsi negatif tentang orang Melayu sampaikan Syed Muhammad Naquib al-Attas terpaksa tulis makalah untuk membela si bangsa Melayu yang dituduh sebagai pemalas.
Hasil carian imej untuk melayu dulu
Kalau dibaca dalam catatan-catatan awal oleh bangsa luar tentang Melayu maka kita akan dapat lihat mereka menyebut bahawa Melayu ini adalah satu suku bangsa yang baik peri lakunya, suka bertolak ansur, suka berdiplomasi, sopan santun, berbudi pekerti, sukakan kelembutan, bunyi-bunyian, kata-kata yang berirama, kesenian dan alam sekitar. Keluhuran budi dan pekerti Melayu itulah yang menyebabkan bangsa-bangsa luar begitu tertarik nak menjajah, berdagang, malah berkahwin serta bercampor gaul dengan orang-orang Melayu sehinggakan mereka sanggup mengaku sebagai Melayu.
 Hasil carian imej untuk melayu dulu
Jika anda seorang Melayu maka seharusnya anda hargainya dan jangan sesekali biarkan bangsa-bangsa lain mengejek, mencemoh dan menganjing bangsa anda. Jangan lah rasa rendah diri sangat atau ada Inferiority complex kalau anda tak ada darah keturunan Teuku Po Cut Aceh atau Daeng berlima Bugis atau Karaeng Mengkassar atau Datuak Ninik Mamak Minang, atau Gusti Pangeran Banjar atau Kyai Sunan Jowo atau Pendekar Batak Mendeiling. Jika anda hanya seorang Melayu kampung dari Bukit Berapit atau Buntut Pulau sahaja pon harus berbangga menjadi Melayu.
Hasil carian imej untuk melayu dulu
Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengubah stereotype tentang Melayu. Jadikan diri anda seorang Melayu yang hebat, rajin, berilmu, beramal, beriman, berani dan tabah. Sebenarnya sifat-sidat tersebut telah lama ada dalam bangsa Melayu, cuma ianya telah diselubungi oleh suara-suara sumbang yang sering mentohmahkan perkara-perkara yang negatif kepada Melayu. Dan yang paling sadis ada diantaranya dilakukan oleh anak Melayu sendiri. Akibatnya mereka telah menjatuhkan semangat anak bangsa mereka sendiri. Bila anak bangsa tak ada semangat nak bangun, nak bangkit dan nak maju maka mereka mula salahkan Melayu balik. Pusing-pusing tang tu jugak balik-balik Melayu yang salah orang lain semua betul, asalkan bukan Melayu.
Hasil carian imej untuk melayu dulu
Seharusnya kita pekakkan telinga kita daripada penganjing-penganjing ini, butakan mata kita daripada tulisan-tulian negatif dan fitnah yang mereka bebelkan. Kerana sesungguhnya Allah SWT tidak akan menjadikan sesuatu kaum atau bangsa itu sehina-hina TAIK, kerana Allah SWT itu maha mengasihani, maha pemurah serta maha mengetahui akan kelebihan setiap ciptaannya. Percayalah wahai anak Melayu sekalian, bahawa Allah takkan jadikan bangsa Melayu ini sia-sia. Jadi cukuplah daripada terus menerus menganjing bangsa yang bernama Melayu ini, kerana sepertimana bangsa-bansga lain Melayu juga ada tempatnya dalam dunia milik Allah ini.
Hasil carian imej untuk melayu dulu
Bukanlah saya nak kata yang bangsa Melayu ni bangsa pilihan Allah. Kita bukan nak tiru macam Yahudi laknatullah yang kata bangsa depa bangsa terpilih dan bangsa lain Goyyim. Saya bukan juga nak kata yang semua ornag Melayu itu baik dan bagus dan sempurna. Apa yang saya nak kata ialah setiap bangsa atau suku atau etnik itu ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Melayu juga ada kelebihanya , tapi yang menjadi masalah ialah apabila banyak orang hanya suka menulis dan menunjukkan perkara-perkara negatif dan buruk-buruk saje tentang orang Melayu. Apa faedahnya yang awak dapat buat begitu? Adakah dengan cara itu orang Melayu akan sedar dan jadi lebih baik? Setakat ini tak terbukti lagi cara itu berjaya. Lagi menjahanamkan dan menjatuhkan orang Melayu lagi ada.
Hasil carian imej untuk melayu dulu
Mungkin anda tidak sedar betapa bertuahnya anda yang lahir sebagai Melayu. Kerana anda lahir seorang Melayu maka anda telah menerima nikmat yang paling berharga dalam dunia yakni nikmat ISLAM. Bayangkan kalau anda lahir sebagai salah seorang daripada mana-mana suku rumpun Melayu yang masih belum Islam?
Hasil carian imej untuk melayu dulu
Harap maaf sekiranya tulisan saya kali ini menyentuh sensitiviti suku kaum tertentu. Bukanlah maksud saya untuk menyudutkan mana-mana suku rumpun nusantara tetapi sekadar menyatakan apa yang benar sahaja tentang fenomena yang berlaku dalam lembaran sejarah di Negara kita. Saya secara peribadi adalah seorang yang berpegang kepada pendapat bahawa seluruh rumpun Melayu itu adalah Bangsa Melayu, oleh itu saya berpegang bahawa semua rumpun Melayu harus memikul sama berat dan menjinjing sama ringan. Janganlah asyik disudutkan kepada bangsa Melayu sahaja perkara-perkara yang negatif kerana kita semua adalah dari akar genetik dan linguistik serta budaya yang sama sahaja. KITA SERUPA TAK LEBIH TAK KURANG. Sekian Wallah hu’lam.
Hasil carian imej untuk melayu dulu
*Maaf sekali lagi atas bebelan yang panjang ini.
Hasil carian imej untuk melayu dulu


No comments:

Post a Comment