Friday, 12 May 2017

MI BANDUNG MUAR (RESEPI ASLI MUAR)

Assalamualaikum

Buat pertama kalinya saya nak kongsikan info berkenaan makanan pulak...tak pernah pun sebelum ini saya update resepi makanan...tapi disebabkan saya ni penggemar Mi Bandung...lebih² lagi dah nak masuk bulan Ramadan...so layankan aje...
Image may contain: food
Bahan-bahan:

1 kg Mee Kuning

10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga)

½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)

Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)

¾ – 1 cawan gula pasir
3 – 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Image may contain: food
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.

Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

Cara memasak:
1. Kisar cili kering, udang kering bersama air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah. Yang inilah kita bekukan untuk kegunaan waktu kecemasan.

2. Pijarkan sedikit minyak didalam kuali.

3. Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing.

4. Masukkan sos tiram.

5. Masukkan udang, daging rebus.

6. Masukkan batang sawi dan air rebusan daging serta garam. Biar sehingga pekat

Tips: Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah “bancuh” sepinggan-sepinggan.)
Image may contain: food
1. Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)

2. Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.

3. Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan.

4. Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.

5. Hidangkan.



No comments:

Post a Comment