Nama asalnya adalah Siti Lampir Maimunah, beliau adalah murid kepada Nenek Serintil yang mempunyai ilmu ajian sakti mandraguna, seorang pendekar dari aliran ilmu hitam di dataran Tanah Jawa. Ketika masih muda Mak Lampir tergolong dalam wanita yang baik-baik dan sangat pemalu.
Legenda mak lampir bermula di Sumatera, ianya merupakan legenda masyarakat dari kaki gunung marapi (berapi) yang terletak di kabupaten Agam (Bukit Tinggi) dalam Daerah Sumatera Barat, Dipercayai juga mak Lampir merupakan seorang puteri dari kerajaan kuno Champa, kerajaan Champa di ambil dari bahasa Vietnam Chiêm Thành membawa erti kerajaan yang pernah menguasai daerah yang sekarang termasuk Vietnam Tengah dan Selatan, di anggarkan antara abad ke-7 hingga 1832.
Sejak kecil hidup Siti Lampir selalu berpindah randah, kerana kedua-dua orang tuanya yang miskin yang terpaksa berhijrah dari satu daerah ke daerah dan hinggalah ke Pulau Jawa.
Hinggalah suatu hari beliau bertemu dengan Nenek Serintil dan menumpang dikediaman Nenek Serintil yang
sekaligus menjadi gurunya. Asal Usul Nenek Serintil adalah seorang pendekar yang hidup menyendiri di lereng gunung berapi. Sejak saat itu Siti Lampir hidup di lereng gunung berapi bersama Nenek
Serintil.
Ketika beliau bertemu Nenek Serintil usia Siti
baru menganjak dewasa, setiap hari beliau di latih dan di gembleng tenaganya oleh Nenek Serintil. Siti seorang wanita yang cerdas, oleh sebab itu dengan mudah beliau dapat dan cepat menerima ajaran dari gurunya.
Seperti wanita lain, ketika dewasa Siti Maimunah Lampir juga pernah merasakan indahnya bercinta, pada suatu hari Siti berjumpa dengan seorang pengembara, dia dikenali sebagai Datuk Panglima Kumbang, seorang bangsawan yang bergelar Datuk, dipercayai Datuk panglima kumbang itu berasal dari kalimantan, kerana gelaran DATUK tersebut ditujukan untuk pemimpin pasukan perang suku dayak, manakala gelaran
Panglima Kumbang, adalah Panglima dari pasukan alam kegelapan. Tetapi yang pasti tidak ada seorang pun yang tahu siapa nama sebenar pemuda itu.
Akhirnya Siti Maimunah menikah dengan Datuk Panglima Kumbang, mereka hidup bahagia sebagai suami isteri. Namun setelah bertahun-tahun menikah tapi mereka tidak di kurniai seorang pun anak. Akhirnya Datuk Panglima Kumbang meninggalkan Siti dan tidak pernah kembali. Sejak Siti di tinggalkan oleh suaminya Datuk Panglima Kumbang, hidup Siti jadi berubah arah, beliauh sering mengurung diri, bahkan menjadi seorang wanita yang sangat-sangat pemarah. Diceritakan jika beliau menepuk kaki gunung berapi, maka bergegarlah sebahagian Pulau Jawa lalu terpancut lah larva gunung berapi tersebut...
No comments:
Post a Comment