Assalamualaikum wbt.....
Di kesempatan ini aku ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil-Adha kepada semua kenalan...yang jauh dan dekat...yang lama yang baharu serta yang paling utama buat ahli keluarga tercinta....
Syukur juga ku panjatkan kepada Ilahi kerana sehingga hari ini..memberi peluang kepada aku meniti kehidupan ini walau penuh dengan 1001 dugaan : pahit, manis, suka, duka dan bahagia... Kecewa, pasti ada namun kerana kekecewaan itulah yang membuatkan aku semakin kuat dan tabah dalam menempuh segalanya... Terima kasih ya Allah...
Juga aku nak mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada semua yang mengenali aku...yang pernah berurusan dengan aku (untuk hal2 peribadi dan kerja) terutamanya kerja la kan...setiap hari berjumpa, berjenaka...kutuk-mengutuk...cerca-mencerca...kadang2 tu tak perasan yang gurauan tu sebenarnya 'terlebih sudah'....hahahahaha
Yang berbentuk peribadi..pada aku sudah berakhir...let by gone be by gone..tapi kalau ia nak terjadi juga...aku sudah bersedia...dan ia bukanlah satu masalah besar...
walau kebelakangan ini aku sering menerima 'blank sms' dari ex-tunang aku...tapi untuk kembali sms dan bertanya 'ada apa' atau lain2 tak mungkin...prinsip aku mudah saja...sekali kau tinggalkan aku...teruslah tinggalkan..jangan lagi berpaling...aku juga ada maruah...aku juga ada pilihan...bukan hanya kau seorang....ape2 pun maafkan aku...(prinsip aku sejak dulu, kini dan selamanya....................)
Hehehehehe..ter'emo' la pulak.... bukan ape...aku tak mahu la dikatakan 'syok sendiri'...orang dah tak hingin..dan reject..aku pulak yg nak terhegeh2....sorry..itu bukan aku... urmmm....itu kisah lama aku...
Sekarang ni...? hehehehe...aku bahagia dan sesungguhnya bahagia dengan kehidupan yang aku jalani ketika ini...seboleh2nya aku tak mahu ada sebarang 'anasir' yang boleh memporak-perandakan kehidupan aku skang ni...dan aku nekad untuk tidak mengulangi kesilapan yang lalu...tapi mcm aku cakap...kalau dah ditentukanNya untuk ia terjadi juga...maka aku akan terima kerana aku sentiasa bersedia...takde gusar...takde bimbang...dalam kehidupan ini...'ia' datang dan pergi...xde yang kekal... redha...dan aku tak mahu terus 'syok sendiri' macam si pungguk ini...
akhir kata buat semua..Salam Aidil-Adha, maaf zahir dan batin...pesan buat ahli keluarga dan teman2 yang hendak pulang ke kampung...berhati2 memandu (dalam perjalanan)....jangan leka...lebihkan fokus...berhenti berangan...tak pasal2 masuk longkang nnt....ahaks....
Nota : pelik dgn perangai orang2 kat luar ni..bila jujur...tak suka...larikan diri...bila bohong...sanggup pula bangangkan diri....hahahaha
No comments:
Post a Comment