Thursday, 29 September 2011

~pUdArNyA HaTi SeOrAnG AkU : AkU sUdaH cUkUp tErHiNa~

ketika ni..aku sering termenung 
memikirkan...kenapa dan mengapa aku harus tempuhi 
senario yang tak pernah aku bayangkan....


bayangkan..sepanjang menjalinkan hubungan...
panggilan rasmi ku hanya 'abg'...tapi 'orang itu'..dipanggil 'ayang'....

confirm 'orang itu' terlalu istimewa bukan, then pandai²lah aku bawa diri...tak pun tengoklah cermin...kannnnnnnnn

bayangkan juga....aku sendiri tak kenal 'famili member' dia...tapi 'orang itu' kenal semua...siap bertandang bersama²...hebat tak..??

plus...aku dah bagitau..klu 'orang itu' hadir untuk majlis tak rasmi sabtu ini..maka aku takkan pergi...dia pun sepertinya memahami [ye kew....???? atau mmg tak kisah pun asalkan 'orang itu' ada]....dengan alasan...'nak abg selesa'..... cubelah fikir...dia utamakan siapa..? aku atau 'orang itu'...??? aku dapat rasakan yang mereka sering berhubung...MASIH berhubung...jangan nak berlakon.....lakonan itu sudah tidak relevan lagi...


aku pun termenung lagi...klu aku kat tempat dia...aku akan tetap bersama 'abg' yang aku kasihi...aku akan pastikan abg aku akan bersama dengan aku...aku akan pastikan dan buat alasan pada 'orang itu' supaya dia tidak hadir...asalkan abg aku hadir...tp dia ni lain pulak....? ..so...jangan nak tunjuk baik...konon² 'nak abg selesa'....mak suh ajak katanyer....perlu ke nak AKUR cakap mak/abah...sebelum ni pandai plak cakap...'sampai bile nak ikot cakap mak & abah?'...sampai aku maki kaw²..sampai warning jangan jadi anak derhaka...maknanya...tak semua cakap mak & abah dia akur kan sebelum ni....? kenapa yang ni plak nak akur....alasan lain...sebab adik beradik lain pun ajak dia..... hahahahaha....kelakar....


enough is enough...aku dah letih melayan situasi ini....hati aku telah PUDAR...aku TERLALU BENCI dengan manusia² hipokrit dan tak tahu bersyukur... lebih baik sayang dan kasihkan kucing dari manusia yang hanya tahu mengambil kesempatan atas kepercayaan yang diberi....

pesan aku...jangan jual nama orang lain....nak p umah kakak la...nak p umah abang la...nak kuar dengan cousin la....macam² la lagi....cakap jew terus terang yang kau nak jumpe 'orang itu'...
kan senang....

finalenya....aku akan buat keputusan sehari dua lagi...keputusan yang mana bakal membahagiakan dia...itu yang dia mahukan...daripada terus berpura...lebih baik 'bagi apa yang dia nak'...kannnnnnnnnnnnnnnnnnnn...aku akan kembali jadi seperti dahulu...'nakal, jahat, curang (katanyer.....) dan semuanya.....buat ape nak pendam perasaan hanya untuk manusia² pembohong dan hipokrit macam ni kan....?? 



jauh di sudut hati...aku rasa amat terhina......

sekian...sekadar luahan yang tidak berpenghujung....


p/s : kepada  'orang itu'...klu nak sangat
        ambiklah....ambiklah.... aku cari lain..
        hik hik

Wednesday, 28 September 2011

..kEnApA kEaDaAn SeRiNg MeNeKaN pErAsaAn?..

lately, aku mengharungi kehidupan ini dgn satu perasaan baharu..merasa berharga kerana aku telah cube untuk lebih menghargai...merasa disayangi kerna aku lebih menyayangi...TAPI...

recently, aku dimaklumkan bahawa dalam majlis itu nanti..'orang itu' akan turut bersama atas permintaan 'keluarga'...aku juga telah diminta untuk turut serta...situasi ini membuatkan memori aku kembali menerjah kenangan satu ketika dahulu..


biarlah aku yang mengalah kerana pada aku 'orang itu' lebih berhak untuk berada di sana nnt...aku ni siapa? 'orang itu' siapa? mcm aku nyatakan dulu...aku tak dapat apa yg sepatutnya aku dapat..malah atas kebaikan  'orang itu'...dia dapat memanggil dengan panggilan yg sepatutnya aku yang tuturkan....aku malu...malu dan malu...

jadi inilah keputusan aku..
aku tak akan menyertai majlis itu bagi memberi peluang kepada 'orang itu' untuk turut serta..memandangkan 'orang itu' lebih rapat dgn keluarganya...'orang itu' lebih baik dan sempurna...'orang itu' pun tahu rumah adik beradik yang lain malah pernah berkunjung ke sana [tanpa aku ketahui sebelum ini]......jadi biarlah 'orang itu'  yang hadir...

perasaan aku? aku cuma mengharapkan agar keputusan aku dihormati dan difahami...bukan takut untuk menatap wajah 'orang itu'? TIDAK tapi setiap kali aku dengar namanya...aku terbayangkan pembohongan sepanjang 3 bulan (mungkin masih lagi...)  yang telah berlaku...pembohongan yang dilakukan oleh orang yang 200% aku percaya....sepenuhnya...tapi kepercayaan aku hancur kini.... pembohongan yang aku ketahui..yang aku tak tahu mungkin banyak lagi..siapa tahu kan...


dan setiap kali pembohongan itu aku terkenang...setiap kali itu juga perasaan benci itu semakin menebal...satu perasaan yang mane aku terasa seperti ingin meludah ke mukanya....jadi
daripada terus tertekan dengan perasaan benci...lebih baik aku tak dengar lagi pasal 'orang itu' malah jangan jumpa langsung....aku tak sudi dan ia bukanlah impian aku....

bukan nak mengungkit pasal pembohongan itu, let by gone be by gone tp please...jgn sebut pasal 'orang itu' lagi depan aku....aku seperti baru nak bangkit dari kekecewaan..tapi kenangan itu kembali menerjah perasaan.....

buat mu 'teman'...ini pesanku...jgn disebabkan 'orang itu'..reaksi kau kepada aku sepertinya aku ini hina sangat...sepertinya aku ini tidak berharga...
jika benar...tinggalkan aku...lupakan aku...aku tak mahu lagi rasa tertekan..hormati keputusan aku... aku tak boleh nak join majlis keluarga disebabkan 'orang itu'...aku mahu mengelak dari kembali benci kepada kau dan dia...aku juga mahu mengelak dari dari terus dimalukan...aku tidak ingin diperbandingkan dgn siapa²....

aku mohon juga kepada mu 'teman'...selamilah perasaan aku..jangan paksa aku untuk turut serta...jangan ugut aku...dan jangan sesekali cabar aku... jangan beri alasan bahawa 'orang itu' diundang oleh keluarga..datang pun sebab keluarga..bukan kau yg undang dia...ingin aku jelaskan...atas alasan ape pun kehadiran 'orang itu'...aku tidak sudi bertentang mata dengannya..dengar nama pun aku tak ingin..lebih baik untuk aku TIDAK turut serta...... biarlah 'orang itu' yang ada dalam majlis...kerana dia lebih diperlukan...BUKAN AKU...sbb aku
BUKAN SIAPA²..... aku lebih rela sayang dan rindu hanya dari kejauhan...daripada terus disakiti dalam diam......



Tuesday, 27 September 2011

~ pErHiMpUnAn BuLaNaN & WaRnA-WaRnI mErDekA rAyA 2011 ~

salam..dah lama juga tak post apa² kat blog aku nih..so ari ni aku update kan la kisah majlis yang dianjurkan kat tempat keje aku....majlis ni berlangsung dgn meriahnya wlu di awal pagi berlaku beberapa perkara yang tak dirancang dan boleh reduce semangat aku dan rakan² yang bertungkus lumus memastikan majlis ni berlangsung dengan hebat.....

akhirnya...berlangsung juga walau taklah sehebat mane tapi tetap meriah dan ceria....

jangan xtau...dapat gak aku Anugerah Pegawai Contoh Bulanan (Januari)
alhamdulillah..... 

 dengan rakan² seperjuangan

 yang aku sayang

 yang menjadi orang kuat disebalik penganjuran majlis ini..

kami ni kerja gile @ gile kerja...

 suka bergurau...

 sakat-menyakat....dan mencerca...

 walau ada rasa kurang sikit sbb dua orang adik aku...Jue & Sazura takde....

 pic kenangan bersama Tuan Haji Mesran
Timbalan Ketua Pengarah (KK)

 meraikan rakan² yang lain

 sentiasa bersatu padu pun.....

 menerima sijil Anugerah Pegawai Contoh Bulanan
dari YBhg Dato' Norliza Rofli, Ketua Pengarah Jabatan....

 kek ni berperisa Choc Moist

 yang ni plak Cheese...

 dan yang ni...Tiramisu...aku pun tak faham apa kebendenyer....
saja tempah sama,...cuma beza dari segi warna tema dan perasa....hik hik

 kawan baik aku...yang sama gila...same ting tong....baru pas cukur misai








 Cik Rosniah.....

 Encik Rosli..Pengarah JKKN Selangor

 besday dia semalam (26.09.2011)

 ...urmmmmm..tedapnyer....

 mane satu kek mane satu kain pn takleh nak cam...

 nak bawa balik semua kew...?

 dengan kawan baik aku juga...yg suke ketawa dan senyum...Midi

 rrrr....Fung.....

 hadiah pemenang kuiz.....katanyerrrrr

bersama Sijil Anugerah yang aku perolehi...
kenangan tu....hik hik

Sunday, 18 September 2011

mAaFkAn aKu..kErAnA aKu TiDaK SeMpUrNa..

pernah dengar tentang SAKA...ala..kan selalu tV and cinema ni selalu tayang citer2 mcm nih...ada segolongan manusia ni mempunyai saka yang diwarisi sejak turun-temurun...ada yang tahu malah ada juga waris yg tidak tahu...ada la saka GhimAu, saka Buaya, saka Ular..dan mcm2 saka lagilah...cuma aku tak pernah dengar ag ada yg warisi saka SoToNg atau saka CiCak ToKeK..hik hik hik...


nak citer r sikit..agak2 korang mcm mane agak sikap orang yang ada SAKA ghimau..? aku pn tak pasti tapi rasanya mcm perangai ghimau la kan...GARANG, suka BERKUASA, SOMBONG, ANGKUH, ada gaya seorang PEMIMPIN dan EGO... alahai..ghimau ni bila dah ade wilayah penguasaannya..jgn ada menatang lain nak masuk kawasan dia kan....siap la nnti....hik hik

Citer pasal EGO...kebanyakan manusia mmg ada sikap EGO ni, yang membezakan adalah % EGO tu dalam diri seseorang..dah tu pulak..bukan semua part seseorang tu EGO...hanya dalam part tertentu jew kan...

aku kat part mane..?? hik hik... skang nak citer part agak serius dan emo sikit... aku ni mmg EGO tp bukan dalam semua perkara..mungkin dalam bab KASIH SAYANG jew kot...susah nak jelaskan mcm mane...tapi 

aku dah sedar bahawa selama ini aku telah melakukan kesilapan...aku tidak pernah menghargai apa yg aku ada..aku rasa semua tu akan hadir sendiri tanpa perlu aku cari...itulah keegoan aku.. walau hati dan perasaan mmg sayang..tapi aku susah nak lafazkan..kalau aku suka...just suka...klu aku sayang...aku akan sayang...dengan mengharapkan orang akan faham bahwa 'tidak semua perkara perlu diluahkan untuk difahami'....kannnnnnnnnnn


tapi tanggapan aku tidak selalunya betul...bila dah hampir terhantuk...baru nak tersedar..baru nak sedih...[macam baby ni.....]



sebenarnya aku malu..malu sangat2 pada diri aku sndiri...malu pada yang mereka2 yg paling rapat dalam hidup aku...JAUH dan KERDIL aku rasakan diri aku ni...aku tahu..'orang itu' jauh lebih baik dari aku...jauh lebih sempurna dari aku..terlalu banyak beza antara aku dan dia....semuanya yang patut aku dapat...dia yang dapat..semua panggilan yg sepatutnya kuar dari bibir aku...telah lebih dulu kuar dari mulut dia...kerana ape...? kerana ketidaksempurnaan aku sebagai seorang manusia yang DAIF.... 


tak ku nafikan bahawa dalam hati ini ada kasih sayang..kasih sayang yang melimpah ruah..kasih sayang yang mampu aku pertahankan sampai hujung nyawa...namun kesilapan dan keEGOan aku itulah membuatkan aku hampir KEHILANGAN nya... 


oleh kerana kesedaran bahawa aku tidak sebaik dia [mmgnyer dia baik utk mu], aku kerdil jika dibandingkan dengan dia malah pastinya aku tidak sempurna..maka aku ingin buat pengakuan jujur ini...
andainya kebahagiaan yang kau cari itu tidak kau perolehi dari ku...dengan lafaz ini...aku lepaskan kau untuk terus hidup bersama 'orang itu'..biarlah perpisahan ini menjadi permulaan utk mu membina hidup baru...aku doakan kau bahagia...lupakan aku..lupakan aku...lupakan aku...seorang yang tidak pernah menghargai dan tidak pernah memberi kebahagiaan dan kasih syg seperti yang kau perolehi dari dia...pergilah...


bukan aku tak sayang...bukan aku tak kasih...namun 
mAaFkAn aKu..kErAnA aKu TiDaK SeMpUrNa..
aku ingin lihat kau bahagia..aku ingin lihat kau berjaya..pilihlah jalan hidupmu sendiri..jangan disebabkan aku..kau lupakan semua kebahagiaan yang menanti mu..aku tak mahu jadi batu penghalang...kebahagiaanmu...kebahagiaan aku juga..kerna cinta tak semestinya dimiliki..cukuplah melihat yang dicintai itu hidup bahagia bersama insan yang dipilihnya...

biarkan aku begini....sendiri...........

Friday, 16 September 2011

‎..aNd nOw..iTs tOo LaTe tO sHoW yOuR hOnEsTy..

benar seperti yang dijangka...
aku sering ditipu oleh manusia2 yang kononnya paling setia
yang kononnya paling sejati...dalam perhubungan..

setelah penipuan / pembohongan terbongkar
baru nak mengaku itu dan ini..
bukankah sudah terlewat untuk itu..setelah hati tertutup untuk menerima
sebarang pengakuan dan alasan...

namun, yang paling aku tak boleh terima
apabila dia tetap meneruskan lakonannya....

sorry to say, aku tak boleh menerima situasi ini lagi
aku mahu semua ini berlalu
aku mahu semua ini NYAH terus dari hidup aku..
kan lebih senang hidup sendiri tanpa ada sebarang 
perhubungan yang padat dengan kepalsuan???

aku ingin sendiri...terus sendiri...
biar aku ditemani malam yang sepi
biar aku hidup sendiri kerna mati juga sendiri
hati ini dah mula BENCI
benci yang bukan sedikit...tapi benci yang pasti 
akan kukuh seperti bukit pada segolongan manusia
yang terlalu HIPOKRIT
mengakui dirinya adalah yang terbaik...setiap satu salahku sering diungkit
sepertinya akulah manusia yang paling sakit
tidak seperti dirinya yang katanya baik...tapi sebenarnya
BULL SHIT !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


suatu ketika dahulu, aku sering menyalahkan diri...kerana tidak 
berlaku adil pada dirinya..sering menimbulkan kecurigaannya..sering menjentik hatinya...malah puncaknya aku rasa dia TERLALU BAIK untuk aku perlakukan sedemikian...


tapi kan ini semua kuasaNya...aku tak sesal kerana setiap yang berlaku ada sebab dan puncanya....sekarang aku tidak lagi merasa bersalah padanya..sebab sejahat2 aku..
aku tidaklah menipunya sepanjang masa...(dalam bulan puasa pun masih MAMPU menipu aku...terBAEK!!!!!!!)

..SaLaM...dEmAm iTu sAtU KiFaRaH..

kali terakhir aku demam bulan 7 tahun 2009, maknanya dah lebih 2 tahun aku tak demam...maka kali ini bulan 9 tahun 2011..aku kembali demam..tp tak lah seteruk demam aku tahun 2009 tuh..masih boleh bangun..boleh menyuap nasi ke mulut..masih ada selera..waktu tengah demam ni ..abg aku satu keluarga datang menjenguk...mereka datang dr kampung...alhamdulillah...ada gak yang datang kan...hik hik 


citer balik pasal demam nih, biasanya aku demam atas sebab sesuatu..kalau dulu aku demam kerana stress di tempat keje...tapi kali ini aku tak pasti sebab apew...nak kata stress tak de la pulak...biasa2 jew...tp tak aku nafikan bhw ketika ini aku tengah rindukan seseorang....rindukan buah hati aku di kampung.....inilah dia...


haaa..inilah pengarang jantung aku...hafiz.....selain hafiz aku sering rindu yang dua org nih....



hurmmm...inilah penangan rindu kan.... mungkin ketika ini aku sedang merindui seseorang selain dari mereka... namun aku keliru pada siapa harus aku labuhkan rindu ini.... rindu ini penuh kengiluan...kesayuan dan aku sering termenung menanggung kerinduan ini...


tidak mengapalah....demam yang ku tanggung ini..bersebab...esok lusa baiklah ia...demam ini juga merupakan kifarah atas dosa2 yang pernah aku lakukan sebelum ini...mungkin puncanya kerana rindu...tapi setiap kejadian Allah swt itu punya sebab yang kadang waktu kita sendiri tak terfikirkan..... Bersyukur......