Friday, 9 September 2011

..mY cOuSiN kRiTiKaL..aKiBaT tErHeMpAp PoKoK tUmBaNg..

Jumaat, 11 Syawal 1432 Hijrah (09.09.2011) jam 10.30 pagi aku mendapat call from one of my family member..KakNgah..dia beritahu tentang berita yg mmg mengejutkan aku..kakak sepupu aku yg aku panggil KakCik dalam keadaan kritikal kerana terhempap pokok tumbang sewaktu dlm perjalanan menoreh getah..terus terbayang wajah KakCik aku ni...dia seorang yang aktif..rajin dan tekun....duduk kampung tak jadi masalah pada dia sebab semua kerja kampung yang orang lelaki biasa buat dia juga mampu buat...
Dengan berita ni, aku jadi tak tentu...aku terus hubungi siblings yang lain..plan nak ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban...aku difahamkan kes KakCik ni dipindahkan ke HTJ dari Hospital Jelebu.... Setelah dapat kebenaran pulang..aku terus balik rumah..pick up kakak aku..and kami meneruskan perjalanan ke HTJ, Seremban.... Lebih kurang jam 2.00...aku sampai destinasi...aku lihat ramai saudara mara telah berkumpul..aku terus dapatkan niece aku, anak KakCik..menurut dia..doc belum leh wat kata putus..mereka tengah berbincang samada nak refer KakCik ke HKL atau tidak memandangkan kecederaan KakCik agak rumit....
Jam 4.30 petang, kami dibenarkan melawat KakCik di wad 8B...ramai...sesak...semua tertanya2..apa status KakCik skang....lebih kurang 10 minit...doc datang bersama 8 orang doc yang lain...mgkin yg sorg tu doc pakar...dan ini adalah keterangan doc kepada kami semua...

" setakat ini pesakit menunjukkan respond yg positif...secara fizikal pesakit  tiada kecederaan berat...tetap pihak kami perlu monitor 24 jam kerana kami dah dapat kesan ada pendarahan di dalam kepala pesakit..ada kesan darah di kawasan otak akibat tusukan serpihan kayu berukuran 3cm di bahagian belakang kepala..itu yang membimbangkan..takut ia merebak dan pendarahan itu tidak berhenti..kami tak boleh decide apa2 buat masa ini...doakan yang terbaik..semuanya bergantung pada bahagian kepala pesakit..kalau pendarahan berhenti dan membeku...kami akan membuat pembedahan..."

perasaan aku...?? hanya Allah swt yang tahu...pohon kami sekeluarga semoga tiada apa2 yang tidak diingin berlaku...kami mahu KakCik kembali sembuh dan pulih sepenuhnya....

 tak sampai hati tgk keadaan KakCik macam nih...

teringatkan arwah KakLong....please...aku tak mahu keadaan itu berulang 

doakan yang terbaik untuk KakCik 

semoga KakCik akan segera sembuh.....

amin...

No comments:

Post a Comment